Followers

Thursday, June 30, 2011

Fadilat Dan Kelebihan Surah Yassin


KELEBIHAN SURAH YASSIN

Ayat 1 – 9 : Untuk keselamatan diri 
Ayat 9 : Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir. Dr kata janganlah digunakan utk elak Kastam. Tu dah niat lain.
Ayat 12 : Merupakan Jantung Yaasiin – Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini di hafal oleh setiap mukmin dan mukminat.
Ayat 13 – 35 : Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.
Ayat 22 – 23 : Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.
Ayat 29 – Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut & juga utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt.
Ayat 30 : Untuk keinsafan – Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati – beramal dengannya).
Ayat 32 : Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.
Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t. Kita umat Muhammad & kita orang Islam
Ayat 33 – 35 : Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur
Ayat 36 : Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh.
Caranya: Baca dan berdoa. Hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.
Ayat 37 : Adalah untuk menetapkan aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.
Ayat 38 : Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.
Ayat 39 : Mengisahkan ilmu falak.
Ayat 40 : Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.
Ayat 41 : Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal – Elok di baca sewaktu menaiki kenderaan.
Ayat 44 : Mengisahkan keseronokan hidup di dunia – Di baca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.
Ayat 45 – 48 : Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.
Ayat 49 : Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
Tiupan 1 – Datang dengan tiba-tiba
Tiupan 11 – Hancur
Tiupan 111 – Semua orang di hidupkan semula dan hadir dipadang Mahsyar.
Ayat 50 : Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.
Ayat 58 : Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.
Ayat 76 : Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan & jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa.Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.
Ayat 78 – 79 : Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan .Untuk doa ayat 78. “dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?. Juga bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah berikan ayat ini.
Ayat 79 : Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk.”
Ayat 82 : Untuk Hajat – Jika berhajat sesuatu bacalah 100x .
Dibaca pada air dan minum selama 40 hari boleh menjadi penawar.
Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari.
Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut pastu baca pada air 100x & berdoa apa sahaja hajat
Buah-buahan yang diceritakan dari dalam Al-Quran adalah:
Buah Zaiton – Elok untuk kulit
Kurma – Berkhasiat (memberi tenaga)
Delima – Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat yang mujarab
Ad Tin – Memberi kekuatan – tenaga, fikiran lemah, tidak boleh beranak.
Seelok-eloknya dibaca :
1. Selepas sembahyang subuh
2. 3 Jumaat berturut-turut
3. Ayat 1 – Yassin baca 7x
4. Ayat 38 – 12x
5. Ayat 58 – 7x
6. Ayat 82 – 14x
7. Habis, diulang semula step 3 hingga 6. Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x.
8. Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yg dihajati dan selepas hajat dibaca semula Al- Fatihah.
9. Perlu yakin, isyallah dgn berkat Allah ianya termakbul.
~Apiz~
By: Wujud

Wednesday, June 29, 2011

DOA NABI ALLAH YUNUS



DOA INI AFDALNYA DIBACA 11 KALI KETIKA SUJUD SEBAIK SELESAI SALAM SEMBAHYANG FARDHU. KEMUDIAN MOHON DOA KEPADA ALLAH.

INSYA'ALLAH. TAWAKKAL... BUKANKAH ALLAH MAHA MENDENGAR LAGI MAHA MENGASIHANI.

DOA NABI YUNUS... memang AJAIB

Assalamualaikum,

Khasiat ayat ni kalau diamalkan, insyaallah segala kesulitan dapat diselesaikan dengan mudah sangat..saya memang rajin membaca ayat ni malah ianya juga menjauhkan kita dari terkena perbuatan sihir. sesapa yg susah hati, tkena buatan atau apa
penyakit sekalipun, bagitau ayat ini dan rajin2 ler baca ayat ni setiap masa.. memang miracle...saya dah test..bukan tipu tau..tapi memang betul. Disebabkan saya tak tau banyak ayat yang power, saya hanya hafal ayat ini sahaja. Alhamdulillah..memang power ayat ni. Sangat2 miracle.

Doa Nabi Allah Yunus semasa terperangkap di dalam perut Ikan Nun...

"LAA ILA HA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ DZALIMIIN"

(Surah Anbiyak)

Boleh kita share sama-sama.


Salam Ukhuwah..~

Tuesday, June 28, 2011

AYAT UNTUK KUAT NAFSU BATIN BAGI LELAKI DAN WANITA



Sediakan sebotol besar madu asli(paling baik madu tualang) dan bacakan ayat 52 surah hud sebanyak 100x dan tiup 10 saat pada madu tadi.Amalkan minum sesudu setiap pagi dan dicampur segelas air suam,
Sebelum minum sila baca Bismillah dan Selawat 1x,insyaAllah badan akan kuat dan nafsu batin pun akan kuat juga tetapi gunakan kekuatan yang diberi oleh Allah itu untuk kebahagiaan rumahtangga .
 Perawat Islam

Monday, June 27, 2011

PENYAMPAI.............Ruh Ke Ruh

Salam para pembaca yang budiman.


Berikut fakir catatkan beberapa AMALAN khazanah lama yang fakir petik dari beberapa manuskrip termasuk manuskrip Tok Peramu ini. Penulis manuskrip memberi Ijazah Umum kepada sesiapa sahaja yang berhajat untuk mengamalkannya.


PENYAMPAI.............Ruh Ke Ruh


Salamun Qaulan Mir Rabbir Rahim Ya Ruhi ......( nama orang yang ditujukan )

Aku tahu asal usulmu ...
Tatkala dalam tubuh tuhan DI namanya engkau
Ditatang malaikat 44 dan
Kembali ketubuh Tuhan WADI namanya engkau
Dikandung bapa 9 hari MANI namanya engkau
Dikandung ibu sembilan bulan ..MA’NIKAM namanya engkau

Lahir kedunia
Yasin namanya engkau ( jika lelaki )
Siti Terjelan namanya engkau ( jika perempuan )

.....dari manuskrip Tok Pawang Johol.


SELAWAT DIRI.....


Amalkan 70 kali sebelum tidur selama 7 hari berturut – turut . Elok juga dibaca setiap hari bila teringat..


Bacaannya..........


Allah Hum Ma Salla Ruhi Fil Arwahi Fil Jasadi Fil Ajsaadi Fil Kab Rihi Fil Kabrii


Hadiahkan bacaan FATIHAH sebelum tidur kepada ....
Kedua ruh ibu bapa, Rasullullah, Para Nabi, Pari Wali dan DIRI kita sendiri.

.....dari manuskrip Abang Dolku.

KASIH MAKRIFAT...............Ketika Berkasih Sayang ?????


DI – WADI – MANI – MA’NIKAM
Bukan aku yang punya tikam...
Allah Muhammad yang punya tikam.
Aku yang menikamkan kepintu hawa....( sebutkan nama sihawa tu )
Yang tujuh beradik...
Asiah dikanan....
Halijah dikiri....
Maimunah dihadapan...
Salamah dibelakang...
Kabul berkat Allah Allah Hu Hu ..


KASIH MAKRIFAT 2....


Baca dalam penafasan ( tarik nafas – tahan & lepas perlahan makrifatkan ke arah sianu..

Ya Allah Ya Rasullullah
Hai telaga hawa Fatimah namanya engkau ( sianu sebutkan nama )
Ya Allah Ya Rasullullah Muhammad namanya aku..
Alif namanya tempat jadi..
Kabul allah kabul Muhammad Kabul baginda Rasullullah kabul berkat Allah Allah Allah


SANDARAN FATIHAH............

Bacalah setiap hari apabila sahaja bangun dari tidur...


Alhamdulillah ....akan ibuku Ya Allah Ya Rasullullah
Rab Bul Alamin ....akan sarungku Ya Allah Ya Rasullullah
Ar Rahman ....akan uratku Ya Allah Ya Rasullullah
Ar Rahim .....akan dagingku Ya Allah Ya Rasullullah
Malikiyau middin ...akan darahku Ya Allah Ya Rasullullah
Iyya Kanaq Budu...akan tulangku Ya Allah Ya Rasullullah
Wa iyya kanash taa in ..akan otakku Ya Allah Ya Rasullullah
Ih dina sh....siratul mustaqim ..akan hidupku Ya Allah Ya Rasullullah
Siraa tal laazi ...akan hatiku Ya Allah Ya Rasullullah
Na an am taa alai him ...akan rupakau Ya Allah Ya Rasullullah
Ghairil magh du ...akan ilmu taufikku Ya Allah Ya Rasullullah
Wa lad dhallin ...sebenar benar taufikku Ya Allah Ya Rasullullah


Assalamualaikum Ya Jibrael dihadapanku ya saudaraku Ya Allah Ya Rasullullah
Assalamualaikum Ya Mikail dibelakangku ya saudaraku Ya Allah Ya Rasullullah
Assalamualaikum Ya Izrael dikananku ya saudaraku Ya Allah Ya Rasullullah
Assalamualaikum Ya Izrafil dikiriku ya saudaraku Ya Allah Ya Rasullullah
Assalamualaikum Ya Malaikat Yang Empat memagarkan aku Ya Allah Ya Rasullullah
Assalamualaikum Ya Malaikat Kiraman dikananku ya saudaraku Ya Allah Ya Rasullullah
Assalamualaikum Ya malaikat Katibin dikiriku ya saudaraku Ya Allah Ya Rasullullah
Assalamualaikum Ya malaikat Raqib dihadapanku ya saudaraku Ya Allah Ya Rasullullah
Assalamualaikum Ya malaikat Muqarribin dibelakangku ya saudaraku Ya Allah Ya Rasullullah
 Sekaliannnya berkata Aku memakai SANDARAN FATIHAH didalam Kalimah La Ila Ha Illallah Muhammadur Rasullullah.


MENCUCI DIRI / BERSUCI DIRI SENDIRI.............


Mandiku mandi kalam didalam kandil Allah
Perigi yang keruh sekali yang harum tinggal iman cahaya Allah
La Ilaha Illallah Muhammadur rasullullah


Ruh mandi Insan mandi
Ruh mandi pintu langit
Insan mandi pintu Kaabah
Aku mandi Cahaya Muhammad
Berkat La Ilaha Illallah Muhammadur rasullullah


Airku Air Al-hayat
Air Yang Hidup tiada mati
Air titik asalku jadi
..SIRR ALLAH namanya
Temuni Sirr aku Allah namanya
Allah terdiri Muhammad duduk

Aku mensuci Zat dan mencuci Sifat Fardhu atasku kerana Allah

DOA AMALAN KETIKA HENDAK TIDUR


Sahadat 3 kali
Fatihah sekali
Selawat 7 kali

Berdoalah kepada Allah saperti berikut :-

 Ya Allah Ya Rasullullah . Tunjukkanlah aku akan Jalan Yang Benar dan janganlah matikan aku sebelum dapat Jalan Yang Sebenar-benarnya.

PENDINDING DIRI HAKIKI


HAQ ada didalam Haq
HU ada didalam Hu
Aku ada didalam HU

Mim ada didalam Mim

Aku ada didalam Mim
MIM HU ALLAH


SANDARAN SAHADAH


Ash Hadu Alla Ila Ha Illallah = Tubuhku tubuh Muhammad
Wa ash Hadu annna muhammadar rasulalullah = Tubuh Muhammad terpulang kepada menjadikan aku

La Ilaha Illlah Muhammdur rasulullah
Sifat Allah sifat aku sifat aku didalam kalimah Allah Allah Muhammad Rasulullah.



Sekian .....jika ada fakir tambah lagi. Betulkan ejaan sbb ditaip laju dan tak diedit

Salam dari fakirabdillah algemasi

Sunday, June 26, 2011

Perukun Rumah Tangga

Assalammualaikum WMT dan salam hormat,


Kesempatan yang ada ini, ingin saya berkongsi kaedah merukun rumah tangga sama ada pada keluarga sendiri (afdal diamalkan selalu) atua kepada pesakit yang mengalami masalah rumah tangga.

Secara ringkasnya, dibacakan pada air dan diberi minum pada yang bermasalah. Jika untuk amalan keluarga sendiri, ada eloknya dibaca secara seiring dan sejalan (bukan lagu kak pah ye).

InsyaALLAH, ada kesempatan saya akan kongsikan lebih lanjut kaedah yang lain menggunakan ayat yang sama untuk masalah rumahtangga. Segala dari ALLAH jua.

Ayat-ayatnya adalah:

Al-Imran 190-194


190. Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal;
191. (Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka.
192. Wahai Tuhan kami! sebenarnya sesiapa Yang Engkau masukkan ke Dalam neraka maka Sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang Yang zalim tidak akan beroleh seorang Penolong pun;
193. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) Yang menyeru kepada iman, katanya: ` berimanlah kamu kepada Tuhan kamu ', maka Kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada Kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah Kami bersama orang-orang Yang berbakti;
194. Wahai Tuhan kami! berikanlah kepada Kami pahala Yang telah Engkau janjikan kepada Kami melalui Rasul-rasulMu, dan janganlah Engkau hinakan Kami pada hari kiamat; Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji".




Al-Imran 199

199. dan Sesungguhnya di antara ahli kitab, ada orang Yang beriman kepada Allah dan (kepada) apa Yang diturunkan kepada kamu (Al-Quran) dan juga (kepada) apa Yang diturunkan kepada mereka, sedang mereka khusyuk kepada Allah Dengan tidak menukarkan ayat-ayat Allah untuk mengambil keuntungan dunia Yang sedikit. mereka itu beroleh pahalanya di sisi Tuhan mereka. Sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisabNya.


At-Taubah 24

24. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda Yang kamu usahakan, dan perniagaan Yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal Yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara Yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang Yang fasik (derhaka).



Al-Ahqaf 13

13. Sesungguhnya orang-orang Yang menegaskan keyakinannya Dengan berkata: "Tuhan Kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan Yang betul (dengan pengakuan iman dan tauhidnya itu), maka tidak ada kebimbangan (dari sesuatu Yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.



Al-Ahqaf 15 (bermula dari ayat yang digariskan)

15. dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya Dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya Dengan menanggung susah payah. sedang tempoh mengandungnya beserta Dengan tempoh menceraikan susunya ialah Dalam masa tiga puluh bulan. setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa Yang sempurna kekuatanNya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia Dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu Yang Engkau kurniakan kepadaKu dan kepada ibu bapaku, dan supaya Aku tetap mengerjakan amal soleh Yang Engkau redai; dan Jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke Dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya Aku bertaubat kepadaMu, dan Sesungguhnya Aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadaMu)"

Sekian dahulu dari saya yang jahil lagi daif.

Yang baik dari ALLAH, yang buruk jua dari ALLAH, sebagai tanda tiada daya upaya makhluk selain dengan izin dariNYA.

WALLAHUALAM.

Wassalam.
http://terapi-alfatah

Saturday, June 25, 2011

Baca bila sakit kepala dan sapu tempat sakit

1. Ayat Lega (Al Waaqiah:19)
Baca bila sakit kepala dan sapu tempat sakit

Ayat Lega (Al Waaqiah:19) :- Baca bila sakit kepala dan sapu tempat sakit






Sekiranya anda ingin melihat benda atau perkara-perkara yang tidak dapat dilihat dengan mata, sebelum tidur ambillah air sembahyang dan berbaringlah di tempat yang bersih.Berniat Kemudian, bacalah ayat di atas terus-menerus sehinggalah anda tidur.

Friday, June 24, 2011

Ayat Kursi - Benteng Pertahanan

Ayat Kursi : Amalan setiap hari
10 MANFAAT
1. Barang siapa yang membaca ayat Kursi dengan istikomah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk ke rumah atau ke pasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (yang berkuasa di suatu wilayah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang. Terpelihara dirinya dan keluarganya, anak-anaknya, hartanya, rumahnya dari pencurian, kebakaran dan banjir, gempa bumi dan bencana lainnya.
2. Dalam kitab Ass’arul Mufidah, barang siapa yang mengamalkan ayat kursi dengan membaca sebanyak 18 kali, Inysa Allah ia akan hidup dengan berjiwa tauhid, dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang segan kepadanya, diperlihara dari segala bencana dengan ijin Allah SWT.
3. Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a: membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari adalah benteng pertahanan Rasulullah SAW.
4. Syaikh Abul ‘Abas al Bunni menerangkan: Barang siapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka Insya Allah akan cerdas akalnya dan akan dipermudah pelajaran yang dihadapinya.
5. Barangsiapa membaca ayat Kursi selepas sholat fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Yang membacanya ketika akan tidur maka dia terpelihara dari gangguan setan, dan bila membacanya ketika marah, maka akan hilang rasa marahnya.
6. Syaikh al Buni menerangkan: barangsiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka Insya Allah, dia akan ditolong dalam segala hal dan saat ia menunaikan segala hajat. Melapangkan pikirannya, diluaskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang diinginkannya.
7. Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mengutus dua malaikat penjaga yang menjaga selama tidurnya sampai pagi hari.
8. Abdurohman bin Auf menerangkan bahwa, apabila masuk rumah dengan membaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya maka akan diutus penjaga yang melindungi rumahnya dari setan yang terkutuk.
9. Syaikh al Buni menerangkan: siapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran denga menahan nafas sambil membaca ayat Kursi. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya ke dalam garis lingkaran tersebut menghadap kearah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau 170 kali, Insya Allah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan mengalahkannya.
10. Dalam kitab Khawasul Qur’an dikatakan oleh Syaikh Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi, barang siapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi al Quran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya hijab ruhani, apa yang dikehendakinya terkabul dan ia diberi derajat yang pengaruh yang tinggi di masyarakat. ***
diambil dari http://wongalus.wordpress.com/category/ayat-kursi-benteng-pertahanan/

Tuesday, June 21, 2011

SURAH-SURAH YANG DIAMALKAN UNTUK MEMUSNAHKAN SEL-SEL BARAH PAYUDARA. (BHG 2)

SURAH-SURAH YANG DIAMALKAN UNTUK MEMUSNAHKAN SEL-SEL BARAH PAYUDARA. (BHG 2)

SAMBUNGAN DARI BHG 1




5. SURAH ASY-SYU'ARA. (AYAT 185 - 227)





TERJEMAHAN SURAH ASY-SYU'ARA (AYAT 185 - 227)

185. Mereka menjawab: Sesungguhnya engkau ini (hai Syuaib) hanyalah salah seorang dari golongan yang kena sihir.

186. Dan engkau hanyalah seorang manusia seperti kami dan sesungguhnya kami fikir engkau ini dari orang-orang yang dusta.

187. Oleh itu, gugurkanlah atas kami ketul-ketul (yang membinasakan) dari langit, jika betul engkau dari orang-orang yang benar!

188. Nabi Syuaib berkata: Tuhanku lebih mengetahui akan apa yang kamu lakukan.

189. Maka mereka tetap juga mendustakannya, lalu mereka ditimpa azab seksa hari awan mendung; sesungguhnya kejadian itu adalah merupakan azab seksa hari yang amat besar (huru-haranya).

190. Sesungguhnya peristiwa yang demikian, mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.

191. Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dialah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.

192. Dan sesungguhnya Al-Quran (yang di antara isinya kisah-kisah yang tersebut) adalah diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam.

193. Ia dibawa turun oleh malaikat Jibril yang amanah.

194. Ke dalam hatimu, supaya engkau (wahai Muhammad) menjadi seorang dari pemberi-pemberi ajaran dan amaran (kepada umat manusia).

195. (Ia diturunkan) dengan bahasa Arab yang fasih serta terang nyata.

196. Dan sesungguhnya Al-Quran (tersebut juga perihalnya dan sebahagian dari pengajaran-pengajarannya) di dalam Kitab-kitab agama orang-orang yang telah lalu.

197. (Tidakkah mereka yang musyrik sedarkan kebenaran itu) dan tidakkah menjadi satu keterangan kepada mereka bahawa pendeta-pendeta agama Bani lsrail mengetahui akan kebenaran Al-Quran itu?

198. Dan sekiranya Kami turunkan Al-Quran kepada setengah orang yang bukan Arab, yang tidak tahu membaca Arab,

199. Kemudian dia (dikurniakan Tuhan dapat) membacakannya kepada mereka, mereka tetap juga tidak mahu percayakan bacaan itu daripada Tuhan.

200. Demikianlah Kami masukkan perasaan (kufur ingkar) itu ke dalam hati orang-orang yang melakukan dosa tidak percayakan Al-Quran.

201. Mereka tidak beriman kepada Al-Quran sehingga mereka melihat azab yang tidak terperi sakitnya,

202. Lalu azab itu datang menimpa mereka secara mengejut, dengan tidak mereka menyedarinya.

203. Maka (pada saat itu) mereka akan berkata (dengan menyesal): Dapatkah kiranya kami diberi tempoh?

204. (Kalaulah demikian keadaan mereka) maka patutkah mereka meminta disegerakan azab Kami?

205. Bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad)? Jika Kami berikan mereka menikmati kesenangan bertahun-tahun,

206. Kemudian mereka didatangi azab seksa yang dijanjikan kepada mereka,

207. (Tentulah) kesenangan yang mereka nikmati bertahun-tahun itu tidak dapat memberikan mereka sebarang pertolongan.

208. Dan tiadalah Kami membinasakan mana-mana negeri (yang telah dibinasakan itu), melainkan setelah diutus kepadanya lebih dahulu, Rasul-rasul pemberi amaran.

209. Memperingatkan mereka dan Kami tidak sekali-kali berlaku zalim.

210. Dan Al-Quran itu pula tidak sekali-kali dibawa turun oleh Syaitan-syaitan.

211. Dan tidak layak bagi Syaitan-syaitan itu berbuat demikian dan mereka juga tidak akan dapat melakukannya.

212. Sesungguhnya mereka dihalang sama sekali daripada mendengar wahyu yang dibawa oleh Malaikat.

213. Maka janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah, akibatnya engkau akan menjadi dari golongan yang dikenakan azab seksa.

214. Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat.

215. Kemudian jika mereka berlaku ingkar kepadamu, maka katakanlah: Sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu lakukan!

216. Dan berserahlah kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani,

217. Dan berserahlah kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani,

218. Yang melihatmu semasa engkau berdiri (mengerjakan sembahyang),

219. Dan (melihat) gerak-gerimu di antara orang-orang yang sujud.

220. Sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

221. Mahukah, Aku khabarkan kepada kamu, kepada siapakah Syaitan-syaitan itu selalu turun?

222. Mereka selalu turun kepada tiap-tiap pendusta yang berdosa,

223. Yang mendengar bersungguh-sungguh (apa yang disampaikan oleh Syaitan-syaitan itu), sedang kebanyakan beritanya adalah dusta.

224. Dan Ahli-ahli syair itu, diturut oleh golongan yang sesat tidak berketentuan hala.

225. Tidakkah engkau melihat bahawa mereka merayau-rayau dengan tidak berketentuan hala dalam tiap-tiap lembah (khayal dan angan-angan kosong)?

226. Dan bahawa mereka memperkatakan apa yang mereka tidak melakukannya?

227. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh (dari kalangan penyair-penyair itu) dan mereka pula mengingati Allah banyak-banyak, serta mereka membela diri sesudah mereka dianiaya dan (ingatlah), orang-orang yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka akan kembali.

6. SURAH AZ ZUKHRUF. (AYAT 52-70)




TERJEMAHAN SURAH AZ ZUKHRUF: (AYAT 52-70)

52. Bahkan bukankah aku lebih baik daripada orang yang hina keadaannya ini dan yang hampir-hampir tidak dapat menjelaskan perkataannya?

53. (Kalau betul dia seorang Rasul) maka sepatutnya dia dipakaikan (oleh Tuhannya) gelang-gelang emas (yang menandakan dia seorang pemimpin) atau datang malaikat bersama-sama dengannya (sebagai saksi tentang kebenarannya)?

54. (Dengan yang demikian), maka Firaun memperbodohkan kaumnya, lalu mereka mematuhinya; sesungguhnya mereka itu adalah kaum yang fasik (derhaka).

55. Setelah mereka menyebabkan kemurkaan Kami (dengan perbuatan derhaka itu), Kami menyeksa mereka, iaitu menenggelamkan mereka semuanya di laut (sehingga binasa).

56. Maka kami jadikan mereka contoh dan pengajaran bagi orang-orang yang datang kemudian.

57. Dan ketika (Nabi Isa) anak Mariam dikemukakan sebagai satu misal perbandingan, (untuk membantahmu wahai Muhammad), tiba-tiba kaummu bersorak-sorak kesukaan terhadapnya (kerana menyangka bahawa mereka telah menang).

58. Dan mereka berkata lagi: Manakah yang lebih baik, benda-benda yang kami sembah atau Isa? Dan (sebenarnya) mereka tidak mengemukakan perbandingan itu kepadamu (wahai Muhammad) melainkan kerana membantah semata-mata (bukan kerana mencari kebenaran); bahkan mereka itu adalah kaum yang suka sekali mengemukakan bantahan.

59. Nabi Isa itu tidak lain hanyalah seorang hamba yang telah Kami kurniakan nikmat kepadanya (dengan pangkat Nabi) dan Kami jadikan dia satu contoh (kekuasaan kami yang menakjubkan) bagi kaum Bani Israil.

60. Dan kalaulah kami kehendaki, kami berkuasa melahirkan daripada kamu (wahai kaum lelaki): Malaikat mengganti kamu (menjalankan urusan) di muka bumi.

61. Dan sesungguhnya Nabi Isa menjadi tanda kedatangan hari kiamat, maka janganlah kamu ragu-ragu tentang (hari kiamat) itu dan turutlah (petunjukKu); inilah jalan yang lurus.

62. Dan janganlah Syaitan menghalang kamu (daripada menurut jalan yang benar); sesungguhnya Syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu.

63. Dan ketika Nabi Isa datang (kepada kaumnya) dengan membawa keterangan-keterangan yang nyata, berkatalah ia: Sesungguhnya aku datang kepada kamu dengan membawa hikmat (ajaran Tuhan) dan untuk menerangkan kepada kamu: Sebahagian dari (perkara-perkara agama) yang kamu berselisihan padanya. Oleh itu, bertakwalah kamu kepada Allah dan taatlah kepadaku.

64. Sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu, maka sembahlah kamu akan Dia; inilah jalan yang lurus.

65. Kemudian, golongan-golongan (dari kaumnya) itu berselisihan sesama sendiri. Maka kecelakaan dan kebinasaanlah bagi orang-orang yang zalim itu, dari (paluan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya, pada hari pembalasan.

66. (Mereka yang menentang Nabi Muhammad) tidak ada lagi yang mereka tunggu melainkan saat kiamat yang akan datang kepada mereka secara mengejut dan dalam keadaan mereka lalai leka dengan perkara-perkara keduniaan.

67. Pada hari itu sahabat-sahabat karib: Setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa (iman dan amal soleh).

68. (Mereka yang bertakwa itu, diberi penghormatan serta diseru oleh Allah Taala dengan firmanNya): Wahai hamba-hambaku! Pada hari ini kamu tidak akan merasai sebarang kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) dan kamu pula tidak akan berdukacita.

69. (Mereka itu ialah) orang-orang yang beriman akan ayat-ayat keterangan Kami, serta mereka menjadi orang-orang Islam yang taat patuh,

70. (Mereka diberi sebaik-baik balasan dengan dikatakan kepada mereka): Masuklah kamu ke dalam Syurga bersama-sama isteri-isteri kamu (yang beriman), dengan menikmati sepenuh-penuh kegembiraan dan kesenangan.

7. SURAH AZ ZUMMAR. (AYAT 42-52)



TERJEMAHAN SURAH AZ ZUMMAR: (AYAT 42-52)


42. Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Dia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya dan jiwa orang yang tidak mati: Dalam masa tidurnya; kemudian Dia menahan jiwa orang yang Dia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir (untuk memahaminya).

43. Patutkah mereka (yang musyrik) mengambil yang lain dari Allah menjadi pemberi syafaat? Bertanyalah (kepada mereka): Dapatkah yang lain dari Allah memberi syafaat padahal semuanya tidak berkuasa sedikitpun dan tidak pula mengerti (sebarang apa pun)?

44. Katakanlah (wahai Muhammad): Syafaat itu semuanya hak kepunyaan Allah; Dialah Yang Menguasai segala urusan langit dan bumi; kemudian kamu akan dikembalikan kepadaNya (untuk menerima balasan).

45. Dan (di antara keburukan orang-orang yang melakukan syirik): Apabila disebut nama Allah semata-mata (di dalam doa dan sebagainya), segan serta liarlah hati mereka yang tidak beriman kepada hari akhirat dan apabila disebut nama-nama yang mereka sembah dan puja yang lain dari Allah, mereka dengan serta-merta riang dan gembira.

46. Ucapkanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, Engkaulah jua yang mengadili di antara hamba-hambaMu, mengenai apa yang mereka sentiasa berselisihan padanya.

47. Dan sekiranya orang-orang zalim itu mempunyai segala apa jua yang ada di bumi, disertai sebanyak itu lagi, tentulah mereka rela menebus diri mereka dengannya daripada azab seksa yang buruk pada hari kiamat, setelah jelas nyata kepada mereka dari (hukum) Allah, azab yang mereka tidak pernah fikirkan.

48. Dan sudah tentu akan nyata kepada mereka keburukan perkara-perkara yang mereka telah usahakan dan mereka akan diliputi oleh azab yang mereka telah ejek-ejek itu.

49. Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, dia segera berdoa kepada Kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah dia (dengan sombongnya): Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku. (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah dia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu).

50. Sebenarnya orang-orang yang terdahulu daripada mereka telah juga mengatakan yang demikian maka segala yang mereka usahakan itu tidak dapat menyelamatkan mereka (dari azab Allah).

51. Lalu mereka ditimpa keburukan padah perbuatan-perbuatan jahat yang mereka lakukan dan orang-orang yang zalim di antara golongan (yang musyrik) ini akan ditimpa juga akibat buruk perbuatan-perbuatan buruk perbuatan jahat yang mereka lakukan dan mereka tidak akan dapat melepaskan diri.

52. (Mengapa mereka mendakwa demikian), tidakkah mereka mengetahui bahawa sesungguhnya Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Dia juga yang menyempitkannya? Sesungguhnya yang demikian mengandungi keterangan-keterangan yang jelas bagi orang-orang yang percayakan (ilmu dan kebijaksanaan Allah).


8. SURAH GHAFIR. (AYAT 67-77)



TERJEMAHAN: SURAH GHAFIR (AYAT 67-77)

67. Dialah yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari (setitis) air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging; kemudian Dia mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian kamu (dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; kemudian kamu (dipanjangkan umur) hingga sampai menjadi tua dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan sebelum itu. (Allah melakukan kejadian yang demikian) supaya kamu sampai ke masa yang ditentukan (untuk menerima balasan) dan supaya kamu memahami (hikmat-hikmat kejadian itu dan kekuasaan Tuhan).

68. Dialah yang menghidupkan dan mematikan; oleh itu apabila Dia menetapkan jadinya sesuatu perkara maka Dia hanya berfirman kepadanya: Jadilah engkau! Lalu menjadilah ia.

69. Tidakkah engkau melihat dan merasa hairan terhadap orang-orang yang membantah mengenai maksud ayat-ayat Allah, bagaimana mereka telah dipalingkan (dari kebenaran)?

70. Iaitu orang-orang yang mendustakan Al-Quran dan segala yang dibawa oleh Rasul-rasul Kami yang telah Kami utus; maka mereka akan mengetahui kelak.

71. Ketika belenggu dan rantai dipasung di leher mereka, sambil mereka, diseret

72. Ke dalam air panas yang menggelegak; kemudian mereka dibakar dalam api Neraka;

73. Akhirnya dikatakan kepada mereka: Mana dia berhala-berhala yang kamu dahulu sekutukan;

74. (Dengan menyembahnya atau memujanya) selain Allah? Mereka menjawab: Benda-benda itu telah hilang lenyap dari kami, bahkan yang sebenarnya kami dahulu tidak pernah sekutukan sesuatu pun (dengan Allah). (Sebagaimana Allah menjadikan mereka sesat), demikian pula Allah menyesatkan orang-orang yang kufur ingkar (menentang maksud ayat-ayatNya).

75. (Lalu dikatakan kepada mereka setelah ditimpakan dengan azab seksa): Balasan buruk yang demikian ini disebabkan kamu dahulu bersukaria di muka bumi dengan cara yang salah (pada hukum Tuhan) dan disebabkan kamu bersenang lenang dan bermegah-megah dengan berleluasa (dalam maksiat).

76. Masukilah pintu-pintu Neraka Jahanam kekallah kamu di dalamnya; maka seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong takbur ialah Neraka Jahanam.

77. Maka bersabarlah (wahai Muhammad), sesungguhnya janji Allah (menyeksa musuh-musuhmu itu) adalah benar; oleh itu kiranya Kami perlihatkan kepadamu sebahagian dari azab yang Kami janjikan kepada mereka ataupun Kami wafatkanmu sebelum itu, (maka tetaplah mereka akan menerima balasan azab) kerana kepada Kamilah mereka akan dikembalikan.

**************************
AYAT-AYAT TIAP-TIAP SURAH BHG 1 & BHG 2, BOLEH "COPY" DARI BLOG INI

PEMBACA BOLEH CETAK UNTUK DIJADIKAN BUKU YANG MUDAH DIBACA.

KEPADA PEMBACA DAN SEBARKAN KEPADA YANG MEMERLUKAN.


WASALLAM.


Read more: http://www.resepirahsiaku

SURAH-SURAH YANG DIAMALKAN UNTUK MEMUSNAHKAN SEL-SEL BARAH PAYUDARA. (BHG 1)

SURAH-SURAH YANG DIAMALKAN UNTUK MEMUSNAHKAN SEL-SEL BARAH PAYUDARA. (BHG 1)



Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.

Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan:

1. Istighfar 10x.
2. Salawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

1. SURAH AL-MAIDAH (AYAT 52 -91)



TERJEMAHAN SURAH AL-MAIDAH : AYAT 82 - 91

82. Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: "Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani". Yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendeta-pendeta dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong.

83. Dan apabila mereka mendengar Al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah (Muhammad s.a.w), engkau melihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan apa yang mereka ketahui (melalui Kitab mereka) dari kebenaran (Al-Quran), sambil mereka berkata: Wahai Tuhan kami, kami beriman (kepada Nabi Muhammad dan Kitab Suci Al-Quran), oleh itu tetapkanlah kami bersama-sama orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui kebenaran Nabi Muhammad s.a.w).

84. Dan tidak ada sebab bagi kami tidak beriman kepada Allah dan kepada kebenaran (Al-Quran) yang sampai kepada kami, padahal kami ingin (dengan sepenuh-penuh harapan), supaya Tuhan kami memasukkan kami (ke dalam Syurga) bersama-sama orang-orang yang soleh.

85. Lalu Allah memberikan pahala kepada mereka disebabkan (pengakuan iman yang ikhlas) yang telah mereka ucapkan, (iaitu mereka dibalas dengan) Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka pula tetap kekal di dalamnya. Dan yang demikian itu, adalah balasan orang-orang yang berusaha berbuat kebaikan.

86. Dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir serta mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, mereka itulah ahli Neraka.

87. Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik-baik yang telah dihalalkan oleh Allah bagi kamu dan janganlah kamu melampaui batas (pada apa yang telah ditetapkan halalnya itu); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.

88. Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik dan bertakwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman.

89. Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah olehNya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh. Maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan denda yang tersebut), maka hendaklah dia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah dan jagalah (peliharalah) sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (hukum-hukum agamaNya) supaya kamu bersyukur.

90. Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

91. Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?

2. SURAH AL-ARAF (AYAT: 70 -81)




TERJEMAHAN SURAH AL-RAF (AYAT 70 - 81)

70. Mereka berkata: "Adakah engkau datang kepada kami supaya kami hanya menyembah Allah semata-mata, dan meninggalkan apa yang disembah oleh datuk nenek kami? (Kami tidak akan menurut) maka datangkanlah azab yang engkau janjikan kepada kami, jika betul engkau dari orang-orang yang benar".

71. Nabi Hud menjawab: "Sesungguhnya telah tetaplah kamu akan ditimpa azab dan kemurkaan dari Tuhan kamu. Adakah kamu hendak berbahas denganku mengenai nama-nama yang hanya kamu dan nenek moyang kamu menamakanya, sedang Allah tidak sekali-kali menurunkan sebarang bukti yang membenarkannya? Maka tunggulah (kedatangan azab itu), sesungguhnya aku juga dari orang-orang yang turut menunggu bersama-sama kamu".

72. Maka Kami selamatkan dia dan orang-orang yang bersertanya, dengan rahmat dari Kami, dan kami (binasakan serta) putuskan keturunan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, dan mereka bukanlah orang-orang yang beriman.

73. Dan kepada kaum Thamud (Kami utuskan) saudara mereka: Nabi Saalib. Ia berkata: "Wahai kaumKu! Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan yang nyata (mukjizat) dari Tuhan kamu; ini adalah seekor unta betina (dari) Allah sebagai keterangan bagi kamu (membuktikan kebenaranku). Oleh itu, biarkanlah unta itu mencari makan di bumi Allah, dan janganlah kamu menyentuhnya dengan sesuatu yang menyakitinya; (kalau kamu menyentuhnya) maka kamu akan ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

74. "Dan kenanglah ketika Allah menjadikan kamu khalifah-khalifah sesudah kaum 'Aad, dan ditempatkan kamu di bumi, (dengan diberikan kemudahan) untuk kamu mendirikan istana-istana di tanahnya yang rata, dan kamu memahat gunung-ganang untuk dijadikan rumah. Maka kenangkanlah nikmat-nikmat Allah itu dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di muka bumi ini".

75. Ketua-ketua yang sombong takbur dari kaumnya berkata kepada orang-orang yang dipandang lemah iaitu orang-orang yang telah beriman kepada mereka: "Tahukah kamu bahawa Saalih itu diutus dari tuhannya?" Mereka menjawab: "Sesungguhnya kami beriman kepada apa yang ia diutuskan untuk menyampaikannya".

76. Orang-orang yang sombong takbur itu berkata: "Sesungguhnya kami tetap ingkar akan orang yang kamu beriman kepadanya".

77. Maka meraka pun menyembelih unta itu, dan mereka menderhaka terhadap perintah Tuhan mereka, sambil berkata: "Hai Saalih! Datangkanlah azab yang telah engkau janjikan kepada kami, jika betul engkau dari Rasul-rasul yang diutus (oleh Allah)".

78. Oleh itu, mereka pun dibinasakan oleh gempa bumi, lalu menjadilah mereka mayat-mayat yang tersungkur di tempat masing-masing.

79. Maka Nabi Saalih pun meninggalkan mereka sambil berkata: " Wahai kaumku! Aku telah menyampaikan kepada kamu perutusan Tuhanku, dan aku telah memberi nasihat kepada kamu, tetapi kamu tidak suka kepada orang-orang yang memberi nasihat".

80. Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: "Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu?

81. "Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas".

3. SURAH AL-ARAD (AYAT: 16 -28)




TERJEMAHAN SURAH AL-RAD (AYAT 16 - 28)


16. Bertanyalah (wahai Muhammad): Siapakah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan langit dan bumi? Jawablah: "Allah". Bertanyalah lagi: Kalau demikian, patutkah kamu menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai Pelindung dan Penolong, yang tidak dapat mendatangkan sebarang manfaat bagi dirinya sendiri dan tidak dapat menolak sesuatu bahaya? Bertanyalah lagi: Adakah sama, orang yang buta dengan orang yang celik? Atau adakah sama, gelap-gelita dengan terang? Atau adakah makhluk-makhluk yang mereka jadikan sekutu bagi Allah itu telah mencipta sesuatu seperti ciptaanNya, sehingga ciptaan-ciptaan itu menjadi kesamaran kepada mereka? Katakanlah: Allah jualah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dialah Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa.

17. Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu membanjiri tanah-tanah lembah (dengan airnya) menurut kadarnya yang ditetapkan Tuhan untuk faedah makhlukNya, kemudian banjir itu membawa buih yang terapung-apung dan dari benda-benda yang dibakar di dalam api untuk dijadikan barang perhiasan atau perkakas yang diperlukan, juga timbul buih seperti itu. Demikianlah Allah memberi misal perbandingan tentang perkara yang benar dan yang salah. Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.

18. Bagi orang-orang yang menyahut seruan Tuhan mereka sahajalah balasan yang sebaik-baiknya; dan orang-orang yang ingkar yang tidak menyahut seruanNya, kalaulah mereka mempunyai segala apa jua yang ada di bumi disertai dengan sebanyak itu lagi, tentulah mereka rela menebus diri dengannya. Mereka itu disediakan baginya hitungan hisab yang seburuk-buruknya, serta tempat kembali mereka ialah Neraka Jahanam dan amatlah buruknya tempat tinggal itu

19. Maka adakah orang yang mengetahui bahawa Al-Quran yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu (wahai Muhammad) perkara yang benar, sama dengan orang yang buta mata hatinya? Sesungguhnya orang-orang yang mahu memikirkan hal itu hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.

20. Orang-orang yang menyempurnakan perjanjian Allah dan tidak merombak (mencabuli) perjanjian yang telah diperteguhkan itu;

21. Dan orang-orang yang menghubungkan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah supaya dihubungkan dan yang menaruh bimbang akan kemurkaan Tuhan mereka, serta takut kepada kesukaran yang akan dihadapi semasa soal jawab dan hitungan amal (pada hari kiamat);

22. Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat

23. Iaitu Syurga yang kekal yang mereka akan memasukinya bersama-sama orang-orang yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka; sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu;

24. (Memberi hormat dengan berkata): Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu.

25. Dan (sebaliknya) orang-orang yang merombak (mencabuli) perjanjian Allah sesudah diperteguhkannya dan memutuskan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah supaya dihubungkan, serta mereka pula membuat kerosakan dan bencana di muka bumi, mereka itu beroleh laknat dan mereka pula beroleh balasan hari akhirat yang seburuk-buruknya.

26. Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Dia juga yang menyempitkannya dan mereka (yang ingkar): Bergembira dengan kehidupan dunia, sedang kehidupan dunia itu tidak lain, hanyalah kesenangan yang kecil dan tidak, kekal berbanding dengan kesenangan hari akhirat.

27. Dan orang-orang yang kafir berkata: Mengapa tidak diturunkan kepada (Muhammad) satu mukjizat dari Tuhannya? Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), dan memberi petunjuk ke jalan agamanya, sesiapa yang rujuk kepadaNya.

28. (Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.

4. SURAH AL-ANBIA (AYAT: 38 -50)




TERJEMAHAN SURAH AL-ANBIA (AYAT 38 - 50)

38. Dan (kerana tabiat terburu-burunya) mereka berkata: Bilakah berlakunya janji azab itu, jika betul kamu orang-orang yang berkata benar?.

39. Kalaulah orang-orang kafir itu mengetahui apa yang akan menimpa mereka ketika mereka tidak dapat menahan atau mengelakkan api Neraka dari muka dan belakang mereka dan mereka pula tidak diberi pertolongan, (tentulah mereka segera beriman, dan tidak berkata demikian).

40. (Mereka tidak diberitahu akan masa itu) bahkan (yang dijanjikan) itu akan datang kepada mereka secara mengejut, serta terus membingungkan mereka; maka mereka tidak akan terdaya menolaknya dan tidak akan diberi tempoh bertaubat.

41. Dan demi sesungguhnya, telah diperolok-olokkan beberapa Rasul sebelummu, lalu orang-orang yang mengejek-ejek di antara mereka, ditimpakan balasan azab bagi apa yang mereka telah perolok-olokkan itu.

42. Katakanlah (wahai Muhammad): Siapakah yang dapat menjaga keselamatan kamu pada malam dan siang daripada azab Tuhan yang bersifat Maha Pemurah? (Mereka tidak memikirkan yang demikian) bahkan mereka tetap berpaling ingkar dari pengajaran Tuhan mereka.

43. Tidak ada bagi mereka tuhan-tuhan yang dapat melindungi mereka dari azab Kami. Mereka yang dipertuhankan itu tidak dapat menolong dirinya sendiri dan tidak pula mereka dibantu dengan pertolongan dari pihak Kami.

44. (Bukan benda-benda yang dipertuhankan itu yang memberi kesenangan kepada mereka) bahkan Kami biarkan mereka dan datuk-nenek mereka menikmati (kesenangan hidup) hingga berlanjutanlah umur mereka (dalam keadaan yang menyebabkan berlaku perkara yang tidak diingini mereka). Maka tidakkah mereka melihat bahawa kami datangi daerah bumi yang mereka kuasai dengan menguranginya sedikit demi sedikit dari sempadan-sempadannya? Jika demikian halnya, maka adakah mereka yang akan menang?

45. Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah memberi amaran kepada kamu dengan wahyu (Al-Quran yang diturunkan Allah kepadaku) dan sudah tentu orang-orang yang pekak tidak dapat mendengar seruan apabila mereka diberi amaran, (maka janganlah kamu menjadi pekak kerana azab Tuhan amatlah berat).

46. Dan demi sesungguhnya, jika mereka disentuh oleh sedikit sahaja dari azab Tuhanmu, sudah tentu mereka akan berkata: Aduhai celakanya kami! Sebenarnya kami adalah orang-orang yang zalim (terhadap diri sendiri)!

47. Dan (ingatlah) Kami akan mengadakan neraca timbangan yang adil untuk (menimbang amal makhluk-makhluk pada) hari kiamat; maka tidak ada diri sesiapa akan teraniaya sedikitpun dan jika (amalnya) itu seberat biji sawi (sekalipun), nescaya Kami akan mendatangkannya (untuk ditimbang dan dihitung) dan cukuplah Kami sebagai Penghitung.

48. Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberi kepada Nabi Musa dan Nabi Harun Kitab (Taurat) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah dan yang menjadi cahaya yang menerangi, serta yang mengandungi pengajaran, bagi orang-orang yang mahu bertakwa.

49. Iaitu mereka yang takut (melanggar hukum-hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan mereka pula gerun cemas akan (peristiwa-peristiwa yang mengerikan pada) hari kiamat.

50. Dan Al-Quran ini juga pengajaran yang berkat, yang Kami turunkan (kepada Nabi Muhammad); dengan keadaan yang demikian maka patutkah kamu mengingkarinya?

BERSAMBUNG DI BHG 2


Read more: http://www.resepirahsiaku