Followers

Friday, June 3, 2011

APA ITU........... Kencing Manis , Ketumbuhan dan Barah Payu Dara




APA ITU KENCING MANIS ?
Kencing manis atau diabetes mellitus adalah keadaan di mana didalam air kencing terkandung glukos (gula). Ini di sebabkan oleh glukos yang terkandung dalam darah tidak dapat dicernakan dan kemudian di keluarkan melalui air kencing. Ia berpunca daripada:-
  • kurangnya penghasilan insulin,
  • kurang keberkesanan insulin atau
  • kedua-duanya sekali.
Malaysia merupakan negara keempat tertinggi di Asia yang mempunyai penghidap penyakit kencing manis ini. Secara purata lebih daripada 800,000 penduduk Malaysia telah menghidap penyakit ini. Memandangkan Populasi penduduk Malaysia makin bertambah, jumlah ini di jangka akan bertambah dari setahun ke setahun.

KAJIAN SECARA KLINIKAL UNTUK KENCING MANIS
Kencing manis ini juga terbahagi kepada beberapa kategori, Antara kategori itu ialah:-:
Diabetes bersandar insulin (IDDM-Insulin Dependent)
  1. Di kenali sebagai kencing manis peringkat remaja kerana ianya di hidapi oleh golongan yang lebih muda antara 10-16 tahun.
  2. Biasanya penghidap tidak mempunyai sejarah keluarga yang menghidap diabetes dan terjadi dengan begitu cepat.
  3. Pesakit juga akan mengalami tanda atau gejala yang serius.
Kita perlu menerima suntikan insulin dengan teratur bagi mengelak diri daripada maut sekiranya kita tidak mengambil suntikan insulin. Ini kerana penguraian sumber tenaga lain akan menghasilkan bahan sampingan seperti ketones. Ketones merupakan asid molekul yang boleh menyebabkan kegagalan metabolisma dan sel berfungsi. Sel beta kelenjar pankreas merupakan satu-satunya sel yang menghasilkan insulin untuk proses penghadaman glukos kepada tenaga. Apabila sistem imunisasi badan memusnahkan sel ini maka penghidap boleh menemui maut.
Golongan yang berisiko mendapat kencing manis jenis ini ialah:
  • Serangan imunisasi sendiri
  • Genetik
  • Alam sekeliling. 
Diabetes bebas insulin
  1. Di kenali sebagai kencing manis peringkat permulaan dewasa kerana ianya terjadi pada peringkat umur 35 tahun keatas.
  2. Biasanya penghidap mempunyai sejarah keluarga yang juga penghidap diabetes.
  3. Terjadi secara perlahan-lahan di sebabkan insulin yang di hasilkan oleh badan tidak mencukupi menyebabkan glukosa dalam darah meningkat.
Kebiasaanya keadaan ini berlaku apabila sel kelenjar pankreas gagal menampung kadar insulin yang di perlukan oleh badan. Faktor-faktor lain ialah:-
  • usia lanjut,
  • gemuk,
  • terencat ketahanan glukos,
  • keturunan dan bangsa (genetik) dan kurang bersenam.
TANDA - TANDA AWAL DAN GEJALA
  • Kerap membuang air kecil
  • Sering dahaga/haus
  • Penglihatan menjadi kabur
  • Berat badan menurun/ kurang selera makan
  • Penyembuhan luka yang sangat perlahan


Ketumbuhan(Tumor)/ barah
Apa itu Ketumbuhan(Tumor)?
Satu ketumbuhan adalah satu 'ketulan' atau 'pertumbuhan' tisu yang tumbuh daripada sel-sel luar biasa.


Ketumbuhan (Tumor) - benign
Ketumbuhan ini mungkin membentuk di pelbagai bahagian badan. Ketumbuhan lembut merebak dengan perlahan dan tidak menyerang tisu. Ketumbuhan ini tidak membahaya sekiranya dibiarkan begitu sahaja. Walau bagaimanapun, ketumbuhan ini boleh menyebabkan masalah. Sekiranya ia tumbuh agak besar ia boleh menyebabkan gejala seperti pengeluaran hormon pada sel-sel kelenjar yang boleh menyebabkan kita tertekan dan boleh menimbulkan masalah yang tidak diingini.
Ketumbuhan (Tumor)- Malignant
Malignant ketumbuhan cenderung membesar agak cepat, dan boleh merebak ke dalam tisu dan organ tubuh berdekatan yang boleh menyebabkan kerosakan. Asalnya ketumbuhan dipanggil ketumbuhan Utama. ketumbuhan malignan boleh juga tersebar pada bahagian lain badan untuk membentuk ketumbuhan 'menengah' (metastases). ketumbuhan menengah ini kemudian tumbuh, dan akan menular lain-lain tisu yang berdekatan.
Peringatan: Tidak semua barah membentuk pepejal ketumbuhan. Sebagai contoh, dalam barah sel-sel darah (leukemia) banyak sel darah luar biasa dibuat di sumsum tulang dan mengedarkannya kedalam aliran darah.
Apakah tanda amaran barah?
Senarai di bawah hanya tanda umum barah. Bagaimanapun, tanda ini juga boleh muncul bersama ketumbuhan benigna seperti ketulan pada payudara.
  • Kudis yang tidak sembuh selepas beberapa minggu.
  • Pigmen atau ketuat yang semakin membesar (jadi hitam dan berdarah)
  • Ketulan pada buah dada.
  • Pendarahan vagina yang luar biasa (terutama di antara tempoh haid).
  • Perubahan tabiat buang air atau najis berdarah.
  • Air kencing berdarah.
  • Masalah tidak hadam dan hilang selera makan.
  • Sakit tekak dan batuk yang berpanjangan.
  • Sukar menelan makanan.


    Barah Payu Dara
    Barah payu dara merupakan sejenis penyakit di mana terdapatnya sel-sel barah (malignan) dalam tisu-tisu payu dara.
    Barah payudara boleh berlaku di mana-mana bahagian payu dara termasuklah:
    • Lobus iaitu bahagian yang menghasilkan susu
    • Duktus iaitu bahagian yang menghantar susu ke puting
    • Bahagian tisu lemak payu dara (jarang berlaku)
     Biasanya, barah payu dara boleh dibahagikan kepada dua bentuk: invasif dan tidak invasif. Dalam barah tidak invasif, sel-sel barah hanya tertumpu di kawasan asalnya manakala di dalam barah invasif, sel-sel barah tersebut telah merebak ke tisu-tisu di sekeliling payu dara.
    Barah payu dara yang paling biasa berlaku ialah barah duktus yang terjadi dalam sel-sel duktus payudara. Manakala barah lobular pula bermula dari lobus atau lobul. barah jenis ini selalunya terdapat di beberapa kawasan dalam payu dara.
    barah payu dara inflamasi pula merupakan barah payu dara yang jarang-jarang berlaku.

    Bagaimana Ianya disebarkan
    1. Barah payu dara boleh merebak melalui cara-cara berikut:
      • barah tumbuh dan membesar begitu cepat dan menyerang kawasan setempat. Ia juga akan menyerang kulit dan dinding otot dada.
      • barah payu dara merebak ke bahagian limfa melalui saluran darah dan tersebar ke seluruh badan terutamanya ke bahagian tulang (tulang belakang, tulang pinggang, tengkorak dan tulang dada), hati, paru-paru, kelenjar adrenal dan ovari.
      • Dianggarkan jika barah payu dara berukuran 1.6 sm., kemungkinan telah lama berada dalam payu dara sekurang-kurangnya 2 tahun. Pada masa ini, sel barah mungkin telah masuk ke dalam saluran darah dan seterusnya merebak ke seluruh badan.
      • Walaupun ketumbuhan barah payu dara yang dirasakan tertumpu pada payu dara sahaja, tetapi dianggarkan lebih 35% darinya mungkin merebak atau mengalami metastasis.
    Faktor yang memberi risiko yang tinggi

    1. Umur - umur adalah salah satu faktor yang boleh meningkatkan risiko barah payudara. Pesakit yang lebih tua memiliki risiko yang lebih tinggi. 1/ 500 wanita dalam umur 30'an mempunyai kebarangkalian yang tinggi mendapat barah payu dara. Namun akan meningkat kepada 1/50 orang apabila umur menjangkau 40 - 45 tahun.
    2. Sejarah keluarga - terdapat beberapa bukti menunjukkan penyakit ini boleh diwarisi tetapi peranan genetik di dalam hal ini masih belum difahami sepenuhnya. Wanita yang mempunyai ibu atau anak perempuan atau kakak/adik yang menghidap penyakit ini mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat barah payu dara
    3. Sejarah mengidap barah - pernah menghidap barah payudara sebelum ini. Ini mungkin menjadi faktor utama pembentukkan barah.payu dara.
    4. Pernah menghidapi penyakit payudara benigna proliferatif
posted by : http://www.thetole.org/

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

DOA ILAJ ILAHI (DOA RAWATAN KENCING MANIS & PENYAKIT KRONIK)

Untuk Rawatan Penyakit Kencing Manis & Pelbagai Jenis Penyakit Kronik





Doa Segala Penawar Penyakit







Copyright © by DARUSSYIFA' ONLINE All Right Reserved.

No comments:

Post a Comment