Followers

Monday, June 20, 2011

Cara Menguji Ilmu yang Haq atau Bathil

Menguji Ilmu yang Haq atau Bathil
Assalammualaikum, salam hormat saya pada para pembaca yang budiman,

AlhamduLILLAH, syukur kehadrat ALLAH, Tuhan sekalian alam.

Ada yang bertanyakan saya tentang cara untuk mengesan ilmu salah atau tidak. InsyaALLAH akan saya kongsikan bersama setakat yang saya tahu & pernah diuji setakat ini. AlhamduLILLAH berhasil selain dari amalan yang pernah diturunkan guru sy iaitu membaca 41x Alfalaq & Annas selepas solat maghrib, ada sy menerima amalan dari seorang hamba ALLAH yang amat saya hormati. Di sini saya kongsikan amalan tersebut:

Selawat 7x

Surah al-Baqarah 174 21x



174. Sesungguhnya orang-orang Yang menyembunyikan (meminda atau mengubah) apa-apa keterangan Kitab suci Yang telah diturunkan oleh Allah, dan membeli dengannya keuntungan dunia Yang sedikit faedahnya, mereka itu tidak mengisi Dalam perut mereka selain dari api neraka, dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari kiamat, dan ia tidak membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa Yang tidak terperi sakitnya.

Surah al-Isra 50 21x



50. Katakanlah (Wahai Muhammad):" Jadilah kamu batu atau besi -

Surah al-Isra 81 21x



81. dan Katakanlah:" telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara Yang salah (kufur dan syirik); Sesungguhnya Yang salah itu sememangnya satu perkara Yang tetap lenyap".

AlKautsar 3x



1. Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (Wahai Muhammad) kebaikan Yang banyak (di dunia dan di Akhirat).
2. oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).
3. Sesungguhnya orang Yang bencikan engkau, Dia lah Yang terputus (dari mendapat sebarang perkara Yang diingininya).


Selawat 7x

Diamalkan selepas solat maghrib atau isyak.

Tanda-tanda jika ada bercampur Haq & Bathil:

1) Pening
2) Mengantuk (kecuali mmg betul2 mengantuk, itu dah lain cerita)
3) Mata berpinau
4) Panas dalam perut (perut bergelora)

Dsbnya. Setiap bacaan diniatkan supaya ALLAH tunjukkan kebenaran & batalkan yang bathil.

InsyaALLAH. Semoga ALLAH memberi petunjuk kepada anda.

WALLAHUALAM.
http://terapi-alfatah

No comments:

Post a Comment