Followers

Wednesday, June 1, 2011

Audio Dialog Dengan Jin




Audio
Dialog Dengan Jin
  Sebelum kita mendengar dialog di bawah ini, ada beberapa fakta dan maklumat yang sangat digalakkan untuk kita semua ketahui:
Janganlah kita mendengar dialog ini hanya sekadar untuk bersuka-ria, sebaliknyaambillah beberapa manfaat dan iktibar daripadanya. Antara pengajaran yang boleh kita pelajari ialah:
- Bukti kewujudan Jin dan makhluk halus
- Bukti kewujudan ilmu sihir
- Bukti kewujudan makhluk halus yang sentiasa mengganggu manusia.
Bukti bahawa salah satu kemu'jizatan Al-Quran ialah ia boleh dijadikan sebagai penawar dan rahmat

Di dalam Al-Quran dan Sunnah, terdapat banyak ayat-ayat yang menerangkan tentang kewujudan jin, syaitan, iblis, roh dan ilmu sihir. Terdapat juga banyak dalil yang menunjukkan tentang merawat diri kita dengan ayat-ayat Al-Quran, dan doa-doa yang diajar oleh Nabi supaya melindungi diri kita dari kejahatan makhluk-makhluk-Nya, termasuklah gangguan jin, syaitan dan iblis.
Di antara Surah-surah yang sering kita baca ialah Surah Al-Falaq dan An-Naas. Jika diteliti akan maksud dan tafsirannya, kita boleh dapati pengajaran mengenai meminta perlindungan Allah s.w.t dari kejahatan jin, manusia dan juga sihir.
Saya belum sempat mengumpulkan dalil-dalil dari Al-Quran dan Hadis untuk diletakkan di sini. Insya-Allah ianya akan diletakkan nanti.
Dialog-dialog di bawah ini diambil dari ceramah-ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Jumadi Mustar di Auditorium Masjid Sultan, Singapura -2004. Di dalam ceramah-ceramah tersebut, pada sesi yang akhir, penganjur meminta supaya diadakan sesi rawatan terhadap mereka yang terkena gangguan di dalam diri mereka.
Alhamdulillah, saya sempat merakamkan sesi tersebut supaya kita semua boleh ambil iktibar dari dialog itu.

Persoalan Utama: Bagaimanakah Jin boleh berdialog dengan manusia?
Dalam cara rawatan Islam, perawat akan membacakan beberapa potong ayat-ayat Al-Quran supaya pesakit dapat mendengarnya dengan khusyuk. Bagi mereka yang ada gangguan, biasanya apabila dibacakan Al-Quran pada telinganya, si Jin, syaitan atau iblis yang berada di dalam tubuh si pesakit itu akan merasa panas dan lama-kelamaan dia tidak akan boleh bertahan dengan berdiam diri.
Maka timbul lah berbagai reaksi dari pesakit itu. Antaranya ialah pesakit akan rasa:
- pening-pening kepala
- mabuk
- muntah-muntah
- menggeletar
- pengsan
- seram-sejuk
- berdebar-debar
Sebahagian makhluk halus itu tidak tahan lalu terus meminjam lidah si pesakit untuk berkata-kata dengan si perawat. Biasanya, tujuan dia berkata ialah supaya dia dapat:
- Marah si perawat dan menyuruhnya berhenti membaca Al-Quran
- Menengking si perawat dan mencabarnya
- Meraung kesakitan (eg: Aduuuh!! Sakitnya!!)
- Meminta ampun dan minta supaya dia dilepaskan (Inilah yang kebanyakan berlaku)
Ringkasnya, makhluk tersebut lah yang berkata-kata dengan menggunakan lidah si pesakit.

Ini semua adalah sebahagian dari kehebatan dan kemu'jizatan Al-Quran.

"Dan Kami (Allah s.w.t) turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman" (Maksud Surah Al-Israa: 82)

(Secara kebetulan, kedua-dua dialog ini adalah dari jin yang sama kerana pesakit tersebut menghadiri kedua-dua seminar itu)
Dialog Pertama - Dipetik dari seminar 'Cara-cara Memagar Diri dan Rumah dari Gangguan Jin dan Syaitan' oleh Ustaz Jumadi Mustar (Auditorium Mjd Sultan, Singapura - 2004)

(Bhg 1)

(Bhg 2)




Dialog Kedua - Dipetik dari seminar 'Kupasan Mengenai Ilmu Pengasih dan Sihir' oleh Ustaz Jumadi Mustar (Auditorium Mjd Sultan, Singapura - April 2005)

(Bhg 1)

(Bhg 2)

No comments:

Post a Comment