Followers

Sunday, June 19, 2011

Doa Nabi Sulaiman


Doa Sulaiman

Assalammualaikum WMT dan salam hormat,

Seperti yang telah saya janjikan kursus yang lepas, saya akan meletakkan doa Sulaiman di dalam blog. AlhamduLILLAH, hari ini telah mendapat izin dari ALLAH.

Seperti yang telah saya nyatakan pada hari kursus yang lepas, gunakan kunci sebelum masuk rumah.

Kuncinya telah saya beri, di sini saya letakkan rumahnya. InsyaALLAH, mudah-mudahan mendapat berkah dari ALLAH.

(dipetik dari laman Darussyifa.org)
Terjemahan: Ya ALLAH, masukkan kami dalam kawalan lingkungan Nabi Sulaiman, dan Nabi Sulaiman telah memiliki daripada timur dan barat dengan kebolehan anugerah ALLAH, sifat, perbuatan-perbuatan dan juga kekuatannya. Selamat sejahterakanlah kami wahai tuhan Jibrail, Mikail, Israfil dan Izrail. Telah menguasai Nabi Sulaiman dari timur dan barat, jin, manusia, angin dan awan berserta keselamatan yang banyak. Maha suci ALLAH taala yang maha mulia kemuliaan, dan kesempurnaanNya, ketahuilah oleh kamu wahai iblis, wahai iblis, wahai iblis, Syaitan-syaitan tinggal dalam kegelapan. Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami doa Nabi Sulaiman, dan telah berselawat ALLAH ke atas Nabi Sulaiman, juga ke atas para nabi dengan rahmatMu ya ALLAH yang amat mengasihani daripada segala-galanya.

WALLAHUALAM.

Wassalam.


Perukun Rumah Tangga

Assalammualaikum WMT dan salam hormat,


Kesempatan yang ada ini, ingin saya berkongsi kaedah merukun rumah tangga sama ada pada keluarga sendiri (afdal diamalkan selalu) atua kepada pesakit yang mengalami masalah rumah tangga.


Secara ringkasnya, dibacakan pada air dan diberi minum pada yang bermasalah. Jika untuk amalan keluarga sendiri, ada eloknya dibaca secara seiring dan sejalan (bukan lagu kak pah ye).


InsyaALLAH, ada kesempatan saya akan kongsikan lebih lanjut kaedah yang lain menggunakan ayat yang sama untuk masalah rumahtangga. Segala dari ALLAH jua.


Ayat-ayatnya adalah:


Al-Imran 190-194



190. Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal;
191. (Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka.
192. Wahai Tuhan kami! sebenarnya sesiapa Yang Engkau masukkan ke Dalam neraka maka Sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang Yang zalim tidak akan beroleh seorang Penolong pun;
193. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) Yang menyeru kepada iman, katanya: ` berimanlah kamu kepada Tuhan kamu ', maka Kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada Kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah Kami bersama orang-orang Yang berbakti;
194. Wahai Tuhan kami! berikanlah kepada Kami pahala Yang telah Engkau janjikan kepada Kami melalui Rasul-rasulMu, dan janganlah Engkau hinakan Kami pada hari kiamat; Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji".







Al-Imran 199

199. dan Sesungguhnya di antara ahli kitab, ada orang Yang beriman kepada Allah dan (kepada) apa Yang diturunkan kepada kamu (Al-Quran) dan juga (kepada) apa Yang diturunkan kepada mereka, sedang mereka khusyuk kepada Allah Dengan tidak menukarkan ayat-ayat Allah untuk mengambil keuntungan dunia Yang sedikit. mereka itu beroleh pahalanya di sisi Tuhan mereka. Sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisabNya.




At-Taubah 24

24. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda Yang kamu usahakan, dan perniagaan Yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal Yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara Yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang Yang fasik (derhaka).






Al-Ahqaf 13

13. Sesungguhnya orang-orang Yang menegaskan keyakinannya Dengan berkata: "Tuhan Kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan Yang betul (dengan pengakuan iman dan tauhidnya itu), maka tidak ada kebimbangan (dari sesuatu Yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.






Al-Ahqaf 15 (bermula dari ayat yang digariskan)

15. dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya Dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya Dengan menanggung susah payah. sedang tempoh mengandungnya beserta Dengan tempoh menceraikan susunya ialah Dalam masa tiga puluh bulan. setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa Yang sempurna kekuatanNya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia Dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu Yang Engkau kurniakan kepadaKu dan kepada ibu bapaku, dan supaya Aku tetap mengerjakan amal soleh Yang Engkau redai; dan Jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke Dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya Aku bertaubat kepadaMu, dan Sesungguhnya Aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadaMu)"


Sekian dahulu dari saya yang jahil lagi daif.


Yang baik dari ALLAH, yang buruk jua dari ALLAH, sebagai tanda tiada daya upaya makhluk selain dengan izin dariNYA.


WALLAHUALAM.


Wassalam.
http://terapi-alfatah

No comments:

Post a Comment