Followers

Sunday, November 21, 2010

Surah Penghibur hati yang kesedihan

SURAH AL-KHAUSAR
Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.




Sumber


P/S ~ Bacalah surah ini sekerap yg mungkin bila bersedih.. InsyaAllah kesedihan yg dialami akan hilang… mari beramal…

SUARA YANG DIDENGAR MAYAT…


Dipetik dari islam itu Agamaku
http://nursyirah.wordpress.com

Luangkanlah waktu sejenak untuk membaca dan merenungkan pesan ini.

Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga hal yaitu;.
1)Keluarga
2)Hartanya
3)Amalnya Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya yaitu ;

1)Keluarga dan Hartanya Akan Kembali
2)Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.

Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad …
Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik,

” Wahai Fulan Anak Si Fulan..

· – Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu
· – Apakah Kau Yang Telah Mengumpul Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Mengumpulmu
· – Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu
· – Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu.”

Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan ….
Terdengar Dari Langit Suara Memekik,

” Wahai Fulan Anak Si Fulan…
· – Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Terkulai Lemah
· – Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara
· – Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar, Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa
· – Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia, Mengapa Kini Raib Tak Bersuara “

Ketika Mayat Siap Dikafan …
Suara Dari Langit Terdengar Memekik,

“Wahai Fulan Anak Si Fulan

· – Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Ridha
· – Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah
· – Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal
· – Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya
· – Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan.”

Ketika MayatDiusung. …
Terdengar Dari Langit Suara Memekik,

“Wahai Fulan Anak Si Fulan..
· – Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan
· – Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Taubat
· – Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat.”

Ketika Mayat Siap Disholatkan ….
Terdengar Dari Langit Suara Memekik,

“Wahai Fulan Anak Si Fulan..
· – Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat
· – Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik
· – Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk.”

Ketika MayatDibaringkan Di Liang Lahat ….
terdengar Suara Memekik Dari Langit,

“Wahai Fulan Anak Si Fulan…
· Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gulita Di Sini

Wahai Fulan Anak Si Fulan…
· – Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis
· – Dahulu Kau Bergembira,Kini Dalam Perutku Kau Berduka
· – Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa.”

Ketika Semua Manusia Meninggalkannya Sendirian… .
Allah Berkata Kepadanya, “Wahai Hamba-Ku ….
.· Kini Kau Tinggal Seorang Diri· Tiada Teman Dan Tiada Kerabat
· Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap..
· Mereka Pergi Meninggalkanmu. . Seorang Diri
· Padahal , Karena Mereka Kau Pernah Langgar Perintahku

· Hari Ini,….
· Akan Kutunjukan Kepadamu· Kasih Sayang-Ku
· Yang Akan Takjub Seisi Alam· Aku Akan Menyayangimu
· Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya”.

Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman ,
” Wahai Jiwa Yang Tenang· Kembalilah Kepada Tuhanmu
· Dengan Hati Yang Puas Lagi Diridhai-Nya· Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba- Ku
· Dan Masuklah Ke Dalam Jannah -Ku”

Semoga Kematian akan menjadi pelajaran yang berharga bagi kita dalam menjalani hidup ini.Rasulullah SAW. menganjurkan kita untuk senantiasa mengingat mati (maut) dan dalam sebuah hadithnya yang lain, beliau bersabda “wakafa bi almauti wa’idha”, ertinya, cukuplah mati itu akan menjadi pelajaran bagimu!

Semoga bermanfaat bagi kita semua, Amiin….
Alhamdulillah, Anda beruntung telah terpilih untuk mendapatkan kesempatan membaca mesej ini . Aktifitas keseharian kita selalu mencuri konsentrasi kita . kita seolah lupa dengan sesuatu yang kita tak pernah tau bila kedatangannya. Sesuatu yang bagi sebahagian orang sangat menakutkan.Tahukah kita bila kematian akan menjemput kita???

WALLAHUALAM…

Saturday, November 20, 2010

Solat Dhuha – Murahkan rezeki, menolak kepapaan

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha.Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya: “Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya : “Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha .” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas” (Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).

Untuk mengamalkan sunat Dhuha, yang bekerja, dicadangkan mengambil wuduk di rumah. Selepas itu kita akan menaiki kenderaan dalam keadaan berwuduk ke tempat kerja dan insyaallah mendapat perlindungan Allah S.A.T semasa perjalanan. Bila sampai ke tempat kerja terus mengerjakan sembahyang Dhuha.

Adapun niat sembahyang Dhuha ialah : ” Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala “

Bacaan surah yang digalakkan adalah seperti berikut:

Cara1
Rakaat 1 Selepas baca Fatehah baca surah Al-Syamsy
Rakaat 2 Selepas baca Fatehah baca surah Al-Laiil

Cara2
Rakaat 1 Selepas baca Fatehah baca surah Al Dhuha
Rakaat 2 Selepas baca Fatehah baca surah An Nasr

Cara3
Rakaat 1 Selepas baca Fatehah baca surah Al-Kursi 7X
Rakaat 2 Selepas baca Fatehah baca surah Al-Iklas 11X


Doa’ sembahyang Dhuha ialah:

“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”

Thursday, November 18, 2010

Bacaan Ayat Ruqyah Untuk Halau Jin Dan Iblis Dalam Rumah

Pasang dengan menggunakan cd atau pun komputer anda bacaan ini dalam rumah nescaya ganguan ganguan jin dan iblis akan hilang pada malam yang dipasang dengan ayat ini.

1. Bacaan surah surah ayat Ruqyah saperti berikut download dan pasang didalam rumah,

1.Al-Fatihah
2 Al-Baqarah ayat 1-5
3 Al-Baqarah ayat 102
4 Al-Baqarah 163-164
5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi)
6 Al-Baqarah ayat 285-286
7 Ali-Imran ayat 18-19
8 Al-'Araf ayat 54-56
9 Al-'Araf ayat 117-122
10 Yunus ayat 81-82
11 Toha 69
12 Al-Mukminun ayat 115-118
13 As-Soffaat ayat 1-10
14 Al-Ahqaaf ayat 29-32
15 Ar-Rahman ayat 33-36
16 Al-Hasyrayat 21-24
17 Al-Jin ayat 1-9
18 Al-Ikhlas
19 An-Naas

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA



Download disini



ATAU

2. Pasang cd atau kaset bacaan surah albaqarah sepanjang malam dirumah nescaya ganguan jin atau iblis akan hilang.

Sunday, October 17, 2010

Jawab Pertanyaan dari pembaca blog

Surah Al-Israa' ayat 40 hingga 55 untuk pesakit yang mengalami sakit jantung, saluran darah tersumbat (blockage) dan jantung berlubang.
DIBACA PADA AIR DAN DIMINUM SEBELUM SARAPAN PAGI SETIAP PAGI

maaf lambat jawab

serupamulo.

Ayat Halau Jin dan iblis

Monday, August 16, 2010

Tuesday, July 27, 2010

Rawatan Penyakit Menggunakan Minyak Zaitun

Rawatan Menggunakan Minyak Zaitun
Daripada Al Quran:

1) Firman Allah Taala: “Demi buah tin dan buah zaitun!”…..
- (Surah at Tin; Ayat 1)

2) Minyak zaitun jernih dan berkilau seperti cahaya. "...Lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api;..."
- (Surah An-Nur : Ayat 35)

Daripada Al Hadith:

1) Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Makanlah minyak zaitun dan lumurlah minyaknya, kerana ia berasal daripada pohon yang penuh berkat."
- (Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Minyak Zaitun Untuk Tujuan Perubatan:

Minyak zaitun yang tulen adalah ekstrak pertama buah zaitun tanpa penggunaan bahan kimia atau haba bagi mempastikan kadar asid yang rendah. Hanya minyak zaitun tulen mempunyai kehebatan sebagai penawar penyakit. Minyak ini dikenali di pasaran sebagai 'Virgin Olive Oil'- Minyak zaitun dara atau ekstrak pertama.

Minyak zaitun yang terbaik di dunia adalah minyak zaitun dari Syam as Syarif. Ini kerana buah zaitun di dalam Surah at Tin, menurut tafsiran Imam Hasan al Basri r.a.:-

Buah Tin dari sebuah bukit terletak berdekatan kota Damascus: Jabal Qasiyoun .
Buah Zaitun dari sebuah bukit yang terletak di Baitul Muqaddis.
Kedua-dua tempat ini terletak di negeri Syam.

Antara Kegunaan Minyak Zaitun (Kebanyakannya adalah anjuran Sheikh Nazim al Haqqani):

1) Untuk awet muda, anti penuaan dan menyerikan wajah:-

Disapu di wajah sebelum tidur:

2) Untuk mengatasi masalah kulit muka berjerawat, parut atau melecur:

Sapu pada jerawat dan parut.

3) Untuk pesakit lutut, athritis dan sendi-sendi yang sakit:

Diletakkan di kapas lalu dibalut pada lutut (atau mana-mana anggota atau sendi yang sengal) sebelum tidur.

4) Leukimia:

Dibacakan 'Ruqyah Saratan' pada minyak zaitun dan diminum satu sudu satu jam sebelum makan apa-apa selama paling kurang 40 hari.

5) Kanser:

Dibaca 'Ruqyah Saratan' dan sentiasa di sapu pada anggota terkena kanser contohnya; kanser otak (disapu pada kepala), kanser payudara (disapu pada payudara) dsb...

6) Gastrik:

Dibaca Ayat Syifa' pada minyak zaitun dan diminum sesudu satu jam sebelum makan apa-apa.

7) Masalah penghadaman, usus, sakit perut, cacing dan angin (gas dalam perut):

Sama seperti di atas.

8) Gangguan jin, sihir, saka, santau:

Zaitun yang dibacakan 'Ruqyah' disapu di anggota sujud / anggota wuduk / tempat sakit / sendi-sendi utama.

9) Dengan campuran sedikit garam pada minyak zaitun, boleh menjadi ubat mujarab bagi penyakit gigi dan gusi.

10) Anti semua kanser, sakit jantung dan 1001 penyakit: Digunakan sebagai minyak masakan utama / masukkan satu atau dua sudu sebagai tambahan ke minyak masak biasa anda. (Kalau tengok channel masak AFC Astro: semua menggunakan minyak zaitun!!)

11) Urut:

Minyak urut yang utama. Elok dicampur dengan ma' warad atau air mawar.

12) Melebatkan rambut:

Dijadikan minyak rambut utama: Tahukah anda minyak zaitun adalah minyak rambut utama Nabi s.a.w. Antara sifat Nabi adalah rambutnya sentiasa berminyak (dengan minyak zaitun).

... dan 10 001 lagi khasiat.. apalagi kalau dibacakan 'Ruqyah Syariyyah'....


Credit to: hayat annaqsyabandi
Pusat Rawatan Islam KISWAH 'Terapi Ruqyah'
Al Quran Healing Medical Centre


RUQYAH SYAR'IYAH

Berikut adalah senarai ayat-ayat Ruqyah Syari' ah yang digunakan oleh perawat Darul Hikmah untuk merawat pesakit:

1 Al-Fatihah
2 Al-Baqarah Ayat 1-5
3 Al-Baqarah Ayat 102
4 Al-Baqarah Ayat 163-164
5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi)
6 Al-Baqarah Ayat 285-286
7 Ali-Imran Ayat 18-19
8 Al-'Araf Ayat 54-56
9 Al-'Araf Ayat 117-122
10 Yunus Ayat 81-82
11 Toha Ayat 69
12 Al-Mukminun Ayat 115-118
13 As-Soffaat Ayat 1-10
14 Al-Ahqaaf Ayat 29-32
15 Ar-Rahman Ayat 33-36
16 Al-Hasyr Ayat 21-24
17 Al-Jin Ayat 1-9
18 Al-Ikhlas
19 Al-Falaq
20 An-Naas

Credit to: http://terapialquranpahang.blogspot.com/2009/05/senarai-ayat-ruqyah-syariyah.html


RUQYAH SARATAN

Senarai ayat-ayat Ruqyah Saratan:

1) Surah al Fatihah
2) Al Baqarah: Ayat 1-5
3) Al Baqarah: Ayat 164- 165
4) Al Baqarah: Ayat 255
5) Al Baqarah: Ayat 256 dan 257
6) Al Baqarah: Ayat 285 dan 286
7) Ali Imran: Ayat 1-5
8) Ali Imran: Ayat 18
9) Ali Imran: Ayat 26-27
10) Al A'raf: Ayat 54-56
11) Al A'raf: Ayat 117-119
12) Yunus: Ayat 80-82
13) Toha: Ayat 25-29
14) Al Mu'minun: Ayat 115-118
15) Al Hasr: Ayat 21-24
16) As Soffat: Ayat 1-14
17) Ar Rahman: Ayat 31-33
18) Al Mulk: Ayat 3-4
19) Al Qalam: Ayat 51-52
20) Al Jin: Ayat 3
21) Surah Al Kafirun
22) Surah Al Falaq
23) Surah An Naas

Credit to: http://terapialquranpahang.blogspot.com/

Thursday, July 22, 2010

Untuk Sampai Hajat

Sheikh Mahayudin bin Al Arabi Khadas-allah Serah berkata:

"Sesiapa ada hajat, hendaklah ia membaca Fathihah sebanyak 41 kali, selepas sembahyang maghrib, jangan ia bergerak dari tempat duduknya, hingga selesai membaca menurut bilangan yang tersebut."

Setelah itu bermohonlah ia kepada tuhan akan hajatnya, insyaallah akan di makhbulkan.

Kelebihan Selawat Munjiah


Kelebihan Selawat Munjiah

PENJELASAN:

Syeikh Al-Buni dan Imam Jazuli menerangkan bahawa sesiapa yang berhajat baik pun hajat dunia atau hajat akhirat, bacalah selawat ini sebanyak 1000 kali sebaiknya di waktu tengah malam, maka insyaallah akan tertunai hajatnya dengan segera.

Imam Dainuri menerangkan; pada suatu waktu umat Islam ditimpa kesusahan atau penyakit menular atau ada hajat besar untuk di tunaikan maka mereka akan membaca selawat ini.

Selawat Munjiah ini baik juga dibaca setaip lepas sembahyang lima waktu.

KISAH:

Dipetik dari kitab Minhajul Hasanat, daripa Fajr-i-Munir, dtulis oleh Ibn Fakhani (r.a) bahawa terdapat seorang yang soleh dan sering menabdikan diri bernama Musa Darir.

Beliau memberitahu satu peristiwa yang berlaku kepadanya:
“Daku sedang belayar didalam sebuah bahtera yang mula hendak karam. Pada masa yang sama perasaan mengantuk mengusai diriku. Dalam keadaan itu Rasulallah (s.a.w) mengajar aku selawat (selawat munjiah) dan bersadba: ORANG-ORANG DALAM BAHTERA INI HENDAKLAH MEMBACA 1000 KALI.
Baru sehaja selawat ini dibaca sebanyak 300 kali bahtera telah kembali kepada pelayaranya yang biasa.

Thursday, July 15, 2010

UBAT SEGALA PENYAKIT




Dipetik daripada Kitab Tajul Muluk.

Wednesday, July 14, 2010

Mengelak daripada gangguan daripada dajjal

Bagi mengelak daripada gangguan daripada dajjal maka amalkan lah ( Hafal ) ayat yang berikut Surah Al Kahfi ayat 1 hingga ayat 10.




Dipetik daripada ceramah Ustaz Shamsuri Hj Ahmad bertajuk Dajjal sudah Wujud.

Tuesday, July 13, 2010

Kelebihan Wirid Surah Fathihah

Sesiapa yang membaca alFathihah sebanyak 100 kali sehari semalam ( pada tiap-tiap lepas sembahyang sebanyak 20 kali )

akan mendapat :

Dimurahkan allah rezkinya
Diperbaikki hal ehwalnya.
Dimudahkan pekerjaannya.
Dilepaskan ia daripada dukacita
Dijauhkan dari mudharat.
Diberi ia kerajinan dan semangat.
Dibersihkan hatinya.
Diangkat darjatnya.
Dijauh dari asutan syaitan.
Di ilham kepadanya kebajikan.
Tidak keciwa.
Mudah dapat apa yang dihajat

Monday, July 12, 2010

Rahsia BISMILLAH 21 kali

Amat mudah untuk diamalkan. Hanya memakan masa selama satu atau dua minit sehaja, namun anda akan mengalami kesan yang menakjubkan. Amalan in dilakukan semasa mahu tidor pada waktu malam. Cara amalannya seperti berikut:

Semasa mahu tidur pada waktu malam, apabila kita sudah pun di katil, setelah baringkan diri, bacalah BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM sebanyak 21 kali. Kemudian niatkan dalam hati jam berapa kita mahu bangun esok paginya. Boleh juga berniat seperti ini ” Ya Allah, aku mahu bangun 20 minit sebelum azan subuh”. Atau pun begini ” Ya Allah aku mahu bangun jam 3.00 pagi untuk solat tahajjud”.
InsyaAllah anda akan terjaga tepat pada masa yang telah diniatkan.

Amalan ini amat mudah dilakukan dan amat mustajab dan berkesan. Kalau anda masih belum yakin atas apa yang ana paparkan disini, anda boleh mencuba sendiri mulai malam ini, kemudian lihatlah buktinya. Sugguh mudah sekali.

Disamping anda boleh jaga tepat pada waktu yang diniatkan, pengamal bacaan BISMILLAH 21 kali ini juga mendapat faedah-faedah lain juga, antaranya:

Anda akan terjaga tidur sekiranya ada penceroboh atau mencuri yang berniat buruk.
Terselamat dari sebarang gangguan makhluk, samada dari ganguan manusia atau binatang atau gangguan jin.

Terselamat dari sihir atau ilmu hitam yang di tujukan kepada kita yang selalunya dilakukan semasa sesaorang itu tidur.

BEGITULAH KEBESARAN ALLAH!


Saranan Dato' Ismail Kamus :

Baca Fatehah 21 kali sebelum tidur.

Baca Fatehah 201 kali waktu malam sebelum subuh.

Baca Fatehah 301 selepas subuh dan sebelum malam.

Tuesday, July 6, 2010

Monday, July 5, 2010

Memohon Selamat Daripada Penyakit Nyanyuk

"Allahumma inni a`uuzubikamina an urodda-ilaa arzalil ‘umur"

Ya Allah, aku mohon perlindungan Mu daripada ditimpa penyakit nyanyuk

(Amalkan doa ini selepas membaca tasyahud akhir sebelum memberi salam ataupun sesudahnya)

Amalan Ketika Berpindah Ke Rumah Baru

Jika anda berpindah ke rumah baru, pada malam pertama anda menduduki rumah itu, eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, InsyaAllah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan zahir dan batin.

Wednesday, June 30, 2010

Rawatan untuk mengatasi gangguan makhluk halus

Rawatan untuk mengatasi gangguan makhluk halus
Februari 7, 2008
Ahmad Nizam

Perubatan Islam

Meneliti sihir dan adanya jin dalam tubuh

Bagaimana hendak membezakan orang yang tersihir dengan orang yang kemasukan jin? Orang yang tersihir biasanya, mengeluhkan sesuatu yang tertentu yang datang begitu tiba-tiba, misalnya dia tiba-tiba membenci isterinya, padahal dia begitu mencintainya. Kebencian itu muncul tanpa sebab-sebab yang jelas. Atau mengeluh kerana rasa sakit pada seluruh tubuhnya yang datang dengan tiba-tiba. Lazimnya ia merupakan sihir yang disertai keterlibatan jin. Jin seperti ini adalah jin jenis yang merbahaya.

Sedangkan orang kemasukan jin, kalau tidak tiba-tiba menyendiri, pasti masih bergaul di tengah orang ramai, namun mengamuk dan melakukan kejahatan. Wajahnya akan berubah dari saat ke saat, yang kadang-kadang merah, kadang-kadang hitam. Perubahan warna itu kadang-kadang terjadi hanya pada sebahagian wajahnya. Di samping itu akan disertai mimpi-mimpi yang menakutkan, bahkan bertentangan, misalnya dia merasa jatuh dari tempat yang tinggi tetapi terlihat begitu takut dan kesakitan. Atau mengigau dengan mengucapkan perkataan-perkataan yang tidak kaharuan.

Di bawah ini adalah cara yang boleh mengetahui adanya sihir atau kemasukan jin dengan menguji si pesakit, berdasarkan ayat Al-Qur’an.

1. Bacalah akhir Surah Ibrahim pada telapak tanganmu :
2. Lanjutkan dengan akhir Surah Al-Mu’minin :
3. Selanjutnya teruskan Surah Al-Falaq :
4. Seterusnya Surah An-Nas :

Ketika membaca ayat-ayat di atas, letakkan mulutmu di telapak tangan kananmu, sehingga nafasmu atau sebahagian dari ludahmu mengenainya. Kemudian hulurkan telapak tanganmu itu di depan mata si pesakit and mintalah dia melihatnya. Kalau si pesakit itu sama sekali tidak boleh melihatnya atau penglihatannya silau atau nanar atau melihat tapak tanganmu berwarna sangat merah atau hitam atau melihat banyak salib di telapak tanganmu itu atau tiba-tiba kepalanya terasa pening atau menunjukkan suatu gejala yang muncul secara tiba-tiba, maka si pesakit itu tidak diragukan, terkena sihir ataupun kemasukan atau kedua-duanya sekali.

.

Yang berkaitan dengan hubungan suami-isteri

Ambillah tujuh lembar daun sirih hijau atau daun teratai. Tumbuklah sehingga lumat. ( Boleh juga dilakukan menggunakan mesin blender ).

Masuk tumbukan daun sirih atau daun teratai itu dalam satu mangkuk besar. Isi dengan air secukupnya untuk minum dan membasuh seluruh badan.

Letakkan telapak tangan kananmu pada air yang sudah diisi tumbukan daun sirih.

Sentuhkan bibirmu pada mangkuk, sehingga nafas atau air ludahmu mengenainya.

Bacakan ayat berikut ini dan arahkan pada air tersebut :

1.) Ayat Kursi :
2.) Lanjutkan dengan Surah Al-Kafirun :
3.) Lalu Surah Al-Ikhlas :
4.) Berikutnya Surah Al-Falaq :
5.) Selanjutnya Surah An-Nas :
6.) Berikutnya, ayat sihir dalam Surah Al-A’raf :
7.) Lalu ayat sihir dalam Surah Yunus ayat 79 – 82 :
8.) Terakhir, ayat sihir dalam Surah Thaha ayat 65 – 69 :

Setelah selesai bacaan ayat-ayat di atas, minumlah air itu kepada si sakit, kemudian mandikan ia dengannya. Ulangi seminggu kemudian dan sesudah itu, Insya’ Allah, sihir itu tidak akan datang lagi.

.

Mengusir atau membunuh jin

Bagaimana caranya untuk mengusir atau membunuh Jin yang jahat dan membangkang? Orang yang berusaha mengusir atau membunuh jin, tidak boleh tidak, haruslah orang yang betul-betul bertakwa kepada Allah, percaya akan pertolonganNya, selalu mematuhi ketentuanNya, dan selalu dalam keadaan berwhudu’. Menyingkirkan segala macam gambar atau patung dari tempat yang akan dijadikan tempat rawatan.

Sebab, gambar-gambar dan patung-patung itu memiliki daya tarik yang kuat bagi jin. Jika si pesakit seorang wanita, maka hendaknya dia memintanya berwhudu’, lalu berbaring dengan kedua kakinya ditutupi selimut. Sebagai usaha berhati-hati, hendaknya diletakkan mushaf di atas kepala si pesakit tepat di arah pandangan matanya, sehingga jin tidak keluar dari tubuhnya lalu menghalang pandangan matanya.

Ada baiknya juga jika dletakkan mushaf di arah antara pusat dan auratnya. Selanjutnya hendaklah meminta kepada salah seorang yang soleh untuk memegang hujung telapak kaki kirinya atau telapak kaki kanan dan kirinya jika diperkirakan jinnya lebih dari satu, atau jinnya mengaku beragama Islam dan mengatakan bahawa dia adalah jin Sufi, yang merupakan jenis jin sangat berbahaya. Kemungkinan besar, jin jenis ini adalah jin yang sangat mudah menerima kebenaran Islam dan bersedia keluar dari tubuh si pesakit kerana tunduk atas perintah Allah.

Di tengah-tengah bacaan Ayat Ruqyah itu tadi, bolehlah anda memohonkan kutukan Allah untuknya,

( *** Anda boleh mengulanginya dengan kutukan kepadanya yang berbunyi, “Aku mengutukmu dengan kutukan Allah yang sempurna,” sebagaimana halnya, anda pun boleh mendo’akan kehancurannya. )

atau mengajaknya berdialog. Tetapi kalau lemah, dia akan diam saja. Kalau dia mahu berbicara, ajaklah dia masuk Islam. Mudah-mudahan melalui dirimu, Allah memberi petunjuk kepadanya.

Tetapi kalau dia bertahan dalam kekafirannya, maka diharapkan tidak begitu saja membunuhnya. Ingatlah akan Firman Allah : Tidak ada paksaan dalam memasuki Agama Islam: Biasanya dia akan meminta izin kepadamu untuk keluar. Kalau sudah begitu, katakan kepadanya, “Keluarlah dari ibu jari kaki sebelah kiri.” Kemudian ambillah minyak wangi dan urutlah ibu jari kaki kiri itu sebanyak tiga atau empat kali, agar dia keluar dari pintu yang anda bukakan melalui urutan tersebut, sesudah dia berjanji untuk tidak mengulangi kezalimannya.

Jika ada jin degil dan lemah, sehingga tidak mahu berbicara, dan bagaimana hendak mengetahui bahawa dia telah keluar, ulangi bacaan-bacaan di atas. Kalau si pesakit sekali lagi merasakan kesakitan atau pening, sesak nafas atau lehernya dicekik, atau lumpuh pada bahagian anggota tubuhnya, atau sekujur tubuhnya menunjukkan kejang-kejang atau melihat si pesakit berusaha menutupkan jari-jarinya pada matanya, maka cegahlah dia melakukan hal itu. Sebab, yang demikian itu merupakan was-was yang dibuat jin tersebut dari dalam dirinya agar jin tersebut boleh menutupi matanya. Semuanya itu merupakan bukti bahawa jin ada dalam tubuhnya, dan bahawasanya dia telah berdusta.

Tiba di situ bolehlah mengusirnya dengan mengambil segelas air. Letakkan bibirmu di gelas, lalu bacalah Ayat Kursi, sepuluh ayat pertama surah Ash-Shaffat, Al-Falaq dan An-Nas, lalu minumkan air itu kepada si pesakit. Saat itu, maka jin tersebut akan mati dalam tubuh si pesakit. Segera ulangi mengambil air dan membacakan ayat-ayat tersebut beberapa kali, lalu minumkan kepadanya satu gelas air yang dicampur dengan garam, agar jin yang mengeram dalam perutnya dapat dimuntahkan. Kalau si pesakit tidak dapat muntah, tetapi ini jarang terjadi, maka jin tersebut akan keluar saat si pesakit buang hajat di kamar mandi.

.

Cara mengusir jin yang tinggal dalam rumah

Jika kita benar-benar yakin bahawa di dalam rumah kita ada jin, maka ada dua ( 2 ) perkara yang harus kita lakukan :-

1) Hendaklah ada dua orang yang menyertai kita untuk pergi ke rumah tersebut, setelah sampai di rumah itu bacalah ayat tersebut :

1.) Bacaan ini hendaklah diulang sebanyak tiga kali.

Aku ingatkan kepada kamu dengan sumpah yang pernah diucapkan oleh Nabi Sulaiman; keluarlah dan pergilah kamu dari rumah kami. Aku sumpah kamu dengan nama Allah, keluarlah kamu dan janganlah kamu menyakiti seseorangpun.

2) Setelah itu jika kita masih merasakan bahawa masih ada sesuatu di rumah, maka ambillah bejana (tempat) yang berisi air, setelah itu letakkanlah jari kita didalamnya dan dekatkanlah mulut kita dengan air tersebut sambil membaca ayat-ayat berikut :

2.) Kemudian bacalah ayat-ayat lanjutan ini.

Dengan nama Allah, kami berada di petang hari ini dengan nama Allah Yang tidak ada satupun yang dapat menghalangi-Nya, dan dengan keagungan Allah Yang Maha Pencegah, kami berlindung, dan dengan semua nama-nama-Nya yang baik kami berlindung dari kejahatan syaitan-syaitan, baik dari golongan manusia mahupun dari golongan jin. Kami berlindung kepada Allah dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan diri dan yang menyembunyikan diri; dari kejahatan segala sesuatu yang keluar pada waktu malam hari dan yang bersembunyi pada waktu siang hari, dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan dirinya pada waktu siang hari dan menyembunyikan dirinya pada waktu malam hari, dan dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih. Kami berlindung dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala makhluk yang berada dalam kekuasaan-Mu. Sesungguhnya Tuhanku berada di atas jalan yang lurus. Aku berlindung kepada Allah dengan perlindungan yang pernah dimohon oleh Ibrahim, Musa dan Isa, dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih, dan dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala sesuatu yang derhaka.

Aku berlindung kepada Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari syaitan yang direjam. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. “Demi (kumpulan) yang bersaf-saf dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang melarang dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang membacakan peringatan. Sesungguhnya Tuhanku benar-benar Esa. Tuhan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya, dan Tuhan tempat terbit matahari. Sesungguhnya Kami telah menghias langit yang dekat dengan hiasan, iaitu bintang-bintang, dan telah memeliharanya sebenar-benarnya dari setiap syaitan yang sangat derhaka. Syaitan-syaitan itu tidak dapat mendengar-dengarkan (pembicaraan) para malaikat dan mereka dilempari dari segala penjuru. Untuk menghalau mereka dan bagi mereka seksa yang kekal. Akan tetapi barangsiapa (diantara mereka) yang mencuri-curi (pembicaraan); maka ia dikejar oleh suluh api yang cemerlang.

Selepas itu bawalah air tersebut ke seluruh penjuru rumah, dan letakkanlah sebahagian air itu di setiap penjuru rumah, maka dengan izin Allah, jin tersebut akan segera keluar. Kerjakanlah cara ini dengan niat yang ikhlas ketika membaca doa di atas dan mohonlah kepada Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi.

Janganlah kita meninggalkan petunjuk ini, kemudian lalu mencari kesesatan para tukang sihir dan tukang ramal yang akan membawa kepada kesengsaraan dan bencana. Bermohonlah kepada Allah semoga Allah memasukkan kita kepada golongan orang-orang yang sentiasa memohon pertolongan kepada-Nya, dan sentiasa bertawakal dan mohon perlindungan dengan kekuasaan-Nya.

.

Tanda-tanda gangguan jin

Tanda-tanda pada waktu tidur

Sangat susah tidur pada waktu malam, kalaupun dapat tidur sudah lama bersusah payah.

Rasa cemas dan sering terbangun pada waktu malam.

Mimpi yang buruk atau mimpi melihat sesuatu yang menakutkan serta ingin memekik untuk meminta pertolongan akan tetapi tidak sanggup.

Mimpi yang sangat menyeramkan.

Mimpi melihat berbagai macam binatang seperti melihat kuching, anjing, unta, ular, singa, serigala atau tikus.

Gigi geraham yang berbunyi pada waktu tidur.

Tertawa, menangis atau memekik pada waktu tidur.

Berperasaan sedih pada saat tidur.

Berdiri serta berjalan ketika tidur tanpa sedar.

Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat yang tinggi.

Mimpi sedang berada di kuburan, ditempat pembuangan sampah atau tempat yang mengerikan.

Bermimpi melihat orang sangat aneh, seperti sangat tinggi, sangat pendek atau sangat hitam.

Bermimpi melihat hantu.

Tanda-tanda pada waktu sedar

Kepala selalu pusing, yang tidak disebabkan oleh penyakit pada dua mata, telinga, hidung, gigi, tekak atau perut.

Selalu lupa dari zikir Allah, solat dan ketaatan lainnya.

Fikiran yang kacau / Selalu lesu dan malas / Saraf yang tersumbat.

Rasa sakit pada salah satu anggota badan sedangkan doktor perubatan tidak sanggup mengubatinya.

.

Berbagai gangguan jin

Gangguan sepenuhnya, iaitu jin mengganggu seluruh badan seperti orang yang mengalami berbagai macam saraf yang tersumbat.

Gangguan tidak secara keseluruhan, iaitu jin mengganggu salah satu dari anggota badan, seperti tangan, kaki atau lidah.

Gangguan yang berterusan, iaitu jin terus berada dalam tubuh seseorang sehingga memakan waktu yang sangat lama.

Gangguan seketika, iaitu tidak lebih dari beberapa detik seperti seseorang yang mengalami mimpi buruk.

.

.

Di antara penyebab gangguan jin

Jin lelaki kadangkala jatuh cinta kepada orang perempuan dan kadangkala jin perempuan jatuh cinta kepada orang lelaki.

Kerana kezaliman manusia terhadap mereka, seperti menumpahkan air panas atau menimpakan sesuatu barang dari tempat yang tinggi.

Kezaliman yang dilakukan oleh makhluk jin kepada manusia tanpa sesuatu sebab tertentu. Yang berhubungan dengan perkara ini jin tidak akan dapat mengganggu manusia kecuali manusia itu dalam keadaan : Sangat marah, Sangat takut, Sangat (gembira)lalai dan Mempunyai nafsu syahwat yang tinggi.

.

.

Sebab-sebab masuknya jin ke dalam diri manusia

Kadang-kadang terjadinya gangguan jin kepada manusia adalah dikeranakan syahwat, hawa nafsu dan mabuk cinta, keadaan ini sama seperti yang dialami manusia. Ada pula kadangkala manusia dan jin melakukan perkahwinan serta mempunyai anak. Perkara yang demikian banyak terjadi dan banyak pula ulama’ yang membicarakannya.

Berlakunya perkara tersebut adalah disebabkan kebencian atau pembalasan oleh kerana ia disakiti sebahagian manusia, atau makhluk jin ini menyangka bahawa sebahagian manusia sengaja menyakitinya dengan cara mengencingi mereka, menumpahkan air panas, atau membunuh mereka, padahal manusia tidak mengetahuinya. Dikalangan makhluk jin juga ada yang bodoh, ada yang zalim, sehingga mereka menjatuhkan hukuman dengan cara yang tidak patut, keadaan ini sebagaimana juga yang kita jumpai dalam kehidupan manusia yang bodoh.

Jika keadaan tersebut terjadi, perbuatan yang demikian itu adalah merupakan perbuatan yang keji dan dilarang oleh Allah SWT. Justeru itu perkara ini haruslah dijelaskan kepada jin tersebut dengan mengatakan bahawa perbuatan mereka itu dalah perbuatan keji yang diharamkan. Penjelasan seperti ini perlu dijelaskan kepada mereka supaya mereka tahu bahawa pada diri mereka akan berlaku hukuman Allah dan Rasul-Nya yang diutus kepada semua makhluk manusia dan makhluk jin.

Kepada mereka juga harus dijelaskan, bahawa manusia tersebut tidak mengetahui dan tidak sengaja menyakiti mereka sehingga tidak patut untuk dihukum. Jika mereka melakukan hal itu di rumah atau di kerajaan mereka maka mereka dibolehkan atau bebas bertindak. Sedangkan mereka tidak mempunyai hak untuk tinggal di tempat kediaman manusia tanpa izin dari mereka, mereka hanya berhak tinggal di tempat-tempat kosong yang bukan menjadi tempat tinggal manusia.

.

.

Cara jin masuk ke dalam tubuh manusia

Jin adalah sejenis makhluk berwujud udara sedangkan manusia memiliki lubang bulu roma, kerana itulah dia dapat masuk ke dalam tubuh manusia dari bahagian manapun juga. Makhluk jin diciptakan dari zat yang sejenis udara sebagaimana firman Allah : Ertinya,“Dan Allah menciptakan jin dari api yang menyala”. ( Ar-Rahman: 15 ) Dalam hal ini Ibn Abbas berkata: Iaitu dari hujung nyalanya api, sedangkan hujung nyalanya api adalah merupakan udara panas yang keluar dari api.

Ketika jin masuk ke dalam tubuh manusia, makhluk ini langsung menuju ke otak, melalui otak ini dia dapat mempengaruhi bahagian mana saja yang dia sukai dari tubuh manusia. Para doktor perubatan telah mengkaji dan membuktikan bahawa orang yang terkena penyakit kerasukan jin memiliki gelombang otak yang sangat halus dan sangat aneh yang ada di dalam otaknya. Ditambah lagi dengan keterangan dari orang yang ahli tentang cara pengubatan orang yang kerasukan jin, bahawa jin itu memberitahunya bahawa mereka berada di otak manusia.

.

.

Perlindungan terhadap gangguan

Sentiasa berzikir dan bertaqarrub kepada Allah dengan memperbanyakkan istighfar. Ini adalah kerana apabila seseorang semakin bertambah dekat dengan Allah maka syaitan akan semakin menjauinya.

Mengucapkan “Bismillah” pada setiap kesempatan, iaitu ketika :-

Hendak melompat dari tempat yang tinggi.

Terjumpa sesuatu di atas tanah.

Memasuki tempat yang menakutkan seperti tempat yang gelap, sunyi dan kosong.

Berzikir kepada Allah pada waktu-waktu tertentu. Seperti pada waktu pagi, petang ataupun pada waktu makan.

Tidak membunuh ular yang bersada di dalam rumah kecuali telah memohon kepada Allah agar ia keluar dari rumah.

Tidak mendengar nyanyian ataupun seruling yang dapat mengundang syaitan dan menimbulkan perbuatan zina. Yakni, nyanyian yang dapat merangsang nafsu seseorang.

Tidak memandang wanita dengan penuh nafsu dan juga tidak berdua-duaan dangan wanita yang bukan muhrimnya.

Jangan tinggal di rumah kosong yang sudah lama tidak dihuni orang, di kawasan perkuburan dan tempat-tempat kotor lainnya. Jangan menunaikan solat sewaktu matahari terbit dan terbenam.

Jangan membuang air kencil merata-rata atau di lubang binatang.

Jangan sekali-kali menyeksa dan menyakiti anjing atau kucing.

Hindarkan dari melakukan perbuatan maksiat. Perbuatan maksiat itu adalah senjata ampuh bagi syaitan.

Sifat-sifat yang harus ada bagi perawat

Harus mempunyai akidah yang benar, bersih dan jernih.

Harus mewujudkan tauhid yang murni, baik dalam ucapan mahupun dalam perbuatan.

Harus mempunyai keyakinan bahawa firman Allah sangat berpengaruh untuk menghalau jin dan syaitan.

Harus mengetahui hal ehwal jin dan syaitan.

Harus mengetahui tempat-tempat pintu masuk jin dan syaitan.

Orang yang akan mengubati sebaiknya orang yang sudah menikah.

Harus menjauhi perkara yang diharamkan, kerana dengan perkara yang haram tersebut syaitan menyerang manusia.

Harus mengerjakan dan melaksanakan berbagai macam ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya, kerana amal tersebut akan dapat mengalahkan syaitan.

Harus sentiasa mengingat Allah Yang Maha Agung, berzikir kepada-Nya, kerana zikir adalah merupakan benteng yang sangat kukuh dalam menghadapi syaitan yang terkutuk. Semuanya ini tidak akan dapat dilaksanakan jika tanpa mengetahui berbagai macam zikir dan doa harian sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W. serta sentiasa mengamalkannya, seperti doa masuk rumah dan masjid, doa keluar dari rumah dan masjid, doa waktu mendengar suara ayam berkokok, doa ketika mendengar suara keldai, doa pada waktu melihat bulan purnama, doa waktu naik kenderaan dan sebagainya.

Harus sentiasa memagar diri dengan cara mendekatkan diri kepada Allah.

.

Ayat-ayat pagar diri sebelum melakukan perawatan

Sebelum memulakan rawatan, pagar diri anda dan mintalah pertolongan dari Allah S.W.T dengan membaca Al-Istiadzah dan ayat-ayat di bawah ini :-


أَعُوْذ ُباِللَّهِ مِنَ الشَّيْطَا ِن الرََّجِيْمِ
Aku berlindung dari Allah dari syaitan yang direjam.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَِن الرَّحِيْمِِ
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

بسم الله توكلت على الله لا حول و لا قوة الا بالله العلي العظيم

Dengan nama Allah aku bertawakal kepada-Nya. Tiada upaya dan kekuatan (atas kami) melainkan Allah Yang Maha Agung lagi Maha Tinggi.

Ayat ini diulang bacaannya sebanyak 3 kali

بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شئ في الارض ولا في السماء وهو السميع العليم

Dengan nama Allah, yang dengan nama-Nya akan terhalanglah segala di bumi dan di langit, untuk menimpakan bencana, dan ia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.



اعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق

Aku berlindung dengan kalimah-kalimah (ayat-ayat) Allah yang sempurna dari semua kejahatan yang dicipta-Nya.

.

.

Kemudian mulakan perawatan

Cara pertama : Sebelum perawatan dilakukan

Menyiapkan keadaan yang benar. Keluarkanlah gambar-gambar yang ada di dalam rumah, kerana dengan demikian malaikat akan berkenan masuk ke dalam rumah.

Mengeluarkan serta membakar segala bentuk azimat yang ada pada orang yang terkena kerasukan tersebut.

Membersihkan tempat dari lagu-lagu dan bunyi alat muzik.

Membersihkan tempat dari perkara yang akan melanggar syariat, seperti orang lelaki yang memakai emas dan perempuan yang tidak tutup aurat.

Memberi pelajaran tentang akidah kepada orang yang kerasukan jin tersebut serta keluarganya, sehingga menghapuskan rasa ketergantungan hatinya kepada selain Allah.

Menjelaskan tentang cara pengubatan yang dilakukan tidaklah sama dengan pengubatan tukang sihir atau dukun, kemudian menjelaskan pula bahawa di dalam Al Qur’an terdapat ubat penawar serta rahmat, sebagaimana yang telah diberitahukan oleh Allah S.W.T.

Memerhatikan keadaan dengan mengadakan beberapa pertanyaan kepada orang yang terkena kerasukan jin tersebut serta melihat tanda-tandanya. Pertanyaan-pertanyaan tersebut misalnya :

Apakah engkau melihat beberapa ekor binatang dalam mimpi?

Berapa ekor binatangkah yang kamu lihat?

Apakah dalam mimpimu itu ada binatang yang mengejarmu?

Apakah mimpimu itu adalah mimpi yang menakutkan?

Apakah mimpimu itu seolah-olah kamu merasakan akan jatuh dari tempat yang sangat tinggi?

Apakah dalam mimpimu itu kamu berjalan di tempat yang menakutkan?

Teruskanlah dengan pertanyaan tentang semua tanda-tanda pada waktu tidur dan pada waktu sedar (jaga) sehingga kita yakin bahawa orang yang akan diubati itu memang benar-benar kerasukan jin. Dari pertanyaan-pertanyaan yang diberikan kita dapat mengira berapa jumlah jin yang mengganggunya. Misalnya, setiap ia bermimpi ia selalu melihat dua ekor ular, ini bererti ada dua jin yang mengganggunya.

Demikianlah jika jin yang ada di dalam tubuh seseorang itu tidak mahu berbicara. Akan tetapi jika telah dijelaskan tentang dirinya dan berkata melalui lidah orang yang kerasukan jin tersebut, maka tidak perlu lagi dilakukan pertanyaan-pertanyaan seperti tersebut di atas, kerana perkaranya sudah jelas.

Sebelum melakukan pengubatan dianjurkan berwudhuk terlebih dahulu begitu juga jika ada orang yang bersama dengan anda.

Jika yang akan diubati itu adalah seorang perempuan, janganlah anda memulai pengubatannya sebelum orang yang akan diubati itu berpakaian menutup aurat.

Janganlah anda melakukan pengubatan terhadap seseorang perempuan jika tanpa disertai oleh muhrimnya.

Janganlah anda memasukkan seorang perempuan (seperti ke dalam bilik) jika tanpa disertai oleh muhrimnya.

Berdoalah kepada Allah, semoga Allah membantu anda untuk mengeluarkan jin dari tubuh orang yang sedang diubati tersebut.

.

.

Ayat-ayat ruqyah

Cara kedua : Pertengahan perawatan

Letakkanlah tangan kanan anda di atas kepala orang yang kerasukan jin tersebut kemudian membacakannya di telinga kanannya dengan ayat-ayat ( Ayat Ruqyah ) di bawah ini :

1. Surah Al-Fatihah ( ayat 1-7 ) :
2. Surah Al-Baqarah ( ayat 1-5 ) :
3. Surah Al-Baqarah ( ayat 102 ) :
4. Surah Al-Baqarah ( ayat 163-164 ) :
5. Surah Al-Baqarah ( ayat 255 ) :
6. Surah Al-Baqarah ( ayat 285-286 ) :
7. Surah Al-’Imran ( ayat 18-19 ) :
8. Surah Al-A’raf ( ayat 54-56 ) :
9. Surah Al-A’raf ( ayat 117-122 ) :
10. Surah Yunus ( ayat 81-82 ) :
11. Surah Thaha ( ayat 69 ) :
12. Surah Al-Mukminin ( ayat 115-118 ) :
13. Surah As-Shaffat ( ayat 1-10 ) :
14. Surah Al-Ahqaf ( ayat 29-32 ) :
15. Surah Ar-Rahman ( ayat 33-36 ) :
16. Surah Al-Hasyr ( ayat 21-24 ) :
17. Surah Al-Jin ( ayat 1-9 ) :
18. Surah A1-Ikhlas ( ayat 1-4 ) :
19. Surah Al-Falaq ( ayat 1-5 ) :
20. Surah An-Nas ( ayat 1-6 ) :

Ayat2 ruqyah di atas ini sangat berpengaruh pada jin sehingga akan menghalau dan menjauhkannya atau menghadirkannya.

Cara ketiga : Setelah perawatan dilakukan

Cara untuk mengetahui hadirnya jin

Untuk mengetahui hadirnya jin, maka perhatikan tanda-tanda ini :

Orang yang kerasukan jin tersebut memejamkan kedua matanya atau membuka sebesar-besarnya atau berkedip dengat sangat cepat.

Tubuhnya gementar dengan sangat kuat atau gementar ringan pada hujung jarinya.

Meronta-ronta dengan kuat.

Memekik atau menjerit.

Menyebut namanya.

Setelah memperhatikan tanda-tanda itu, maka mulailah bertanya kepadanya seperti pertanyaan di bawah ini :

Siapa namamu?

Apakah Agamamu?

Apakah sebabnya kamu masuk ke dalam tubuh orang ini?

Apakah kamu bekerja dengan tukang sihir?

Di manakah kamu berada di dalam tubuh ini?

.

.

Cara hadapi jin beragama Islam

Bila anda menghadapi jin yang beragama Islam maka lakukanlah dua cara iaitu menganjurkannya dan memperingatkannya. Lakukanlah sesuai dengan sebab maksudnya ke dalam tubuh tersebut. Jika sebab masuknya adalah kerana kezaliman manusia kepadanya maka beritahukanlah kepadanya bahawa orang ini tidak mengetahuinya dan tidak sengaja menyakiti sehingga tidak patut dia dihukum.

Bila masuknya ke dalam tubuh seseorang itu kerana mabuk cinta kepada manusia, maka jelaskan kepadanya bahawa perbuatannya itu hukumnya haram. Hendaklah dijelaskan pula tentang balasan Allah terhadap orang yang berbuat demikian pada hari kiamat. Kemudian beritahukan kepadanya tentang ancaman seksa Allah dan balasan yang akan Allah berikan.

Bila penyebab masuknya itu kerana kezaliman terhadap manusia maka beritahukanlah kepadanya akan hukuman yang berat yang akan ditimpakan oleh Allah terhadap hamba-hamba-Nya yang zalim.

Jika jin yang ada di dalam tubuh seseorang itu mahu menjawab dan mahu keluar, maka ucapkanlah Al-hamdulillah, tetapi sebelum ia keluar dia harus berjanji kepada Allah, janji tersebut haruslah anda yang mengucapkan dan melalui lidah orang yang kerasukan jin itu, jin tersebut mengikutinya, ucapan janji itu ialah :

“Saya berjanji kepada Allah SWT bahawa saya akan keluar dari tubuh orang ini dan tidak akan datang lagi kepadanya, juga saya tidak akan masuk ke dalam tubuh kepada salah seorang dari kaum Muslimin. Jika saya mengingkari janji saya, maka saya akan dilaknat oleh Allah SWT, para malaikat dan seluruh manusia.”

Setelah itu haruslah anda pastikan bahawa jin itu benar-benar keluar, kerana banyak di antara jin yang berbohong, kecuali bagi jin yang benar-benar berlindung kepada Allah. Bacakanlah penangkal sekali lagi. Jika orang yang kerasukan jin itu masih terpengaruh mendengar bacaan Al-Quran serta jarinya masih juga gementar, maka yang demikian itu sebagai tanda bahawa jin itu masih berada dalam tubuhnya. Jika tidak ada pengaruhnya, jin tersebut telah keluar.

.

.

Cara hadapi jin kafir

Langkah pertama yang harus dilakukan, hendaklah anda jelaskan Islam kepadanya secara lengkap, kemudian suruhlah dia masuk Islam tanpa paksa. Jika dia telah masuk Islam, maka suruhlah dia bertaubat dan jelaskan kepadanya bahawa taubat yang sempurna itu ialah melepaskan diri dari berbuat zalim dan hendaklah keluar dari jasad orang ini.

Langkah yang kedua, jika dia masih tetap dengan kekafirannya, maka janganlah dia dipaksa supaya masuk ke dalam Islam, akan tetapi perintahkanlah dia supaya keluar dari jasad tersebut. Jika ia keluar, maka bacalah Al-hamdulillah. Jika ia tetap degil, maka ancamlah dia atau boleh anda memukulnya. Akan tetapi janganlah anda memukul, jika sekiranya anda tidak ‘arif dalam hal itu atau anda tidak dapat memastikan bahawa pukulan anda itu benar-benar mengenai jin, sebab ada jenis jin yang dapat mengelak ketika di pukul, sehingga pukulan tersebut mengenai orang yang kerasukan itu. Jika ingin memukul, lakukanlah pada bahagian tangan, punggung dan jari.

Langkah yang ketiga, bacalah surah-surah yang menyakiti jin seperti ayat Al-Kursi, surah Yasin, surah As-Saffat, surah Ad-Dukhan, surah Al-Jin, surah Al-Hasyr, surah Al-Humazah dan surah Al-A’la.

Pada umumnya setiap surah-surah atau ayat yang menyebutkan syaitan atau menyebutkan tentang neraka dan seksa, akan menyakiti jin. Bila dia sudah menjawab, maka hentikanlah bacaan ayat Al-Qur’an tersebut atau memberhentikan pukulan, dan memintakanlah kepadanya supaya ia berjanji kepada Allah dan perintahkanlah ia supaya keluar dari jasad orang yang dimasukinya itu.

Sebelum mengakhiri proses pengubatan ini, hendaklah anda mengambil perhatian terhadap kelakuan jin….. ( muka sebelah )

.

.

Perhatian dengan kelakuan jin

Kadang-kadang ada jin yang datang sambil memekik, mengancam dan berjanji. Dalam menghadapi hal ini janganlah anda takut, akan tetapi pukullah dia dan berilah pelajaran kepadanya, mudah-mudahan dengan izin Allah, jin tersebut akan diam.

Kadangkala jin itu mencaci-maki anda, maka janganlah anda marah kepadanya.

Kadangkala jin itu memuji anda, bahawa andalah orang yang yang soleh dan dia akan keluar demi menghormati anda. Apabila mendengar perkataan yang demikian ini, maka hendaklah anda katakan: “Aku adalah seorang hamba yang lemah, keluarlah engkau kerana taat kepada perintah Allah dan Rasul-Nya.”

Kadangkala ada pula jin pengganggu itu membantah. Dalam menghadapi hal ini hendaklah anda ambil setengah gelas air kemudian dekatkanlah air itu ke mulut anda dan bacakanlah ayat-ayat Al-Qur’an iaitu: Sursh Yasin, As-Shaffat, Ad-Dukhan dan Al Jin. Selepas itu siramilah air tersebut kepadanya, maka jin tersebut akan merasa kesakitan serta patuh kepada anda dengan izin Allah, dia akan keluar dari tubuh orang tersebut.

Jika anda ingin tahu tentang akidah jin tersebut tanpa menanyakannya, maka bacakanlah kepadanya ayat di bawah ini : ( Sebahagian dari Surah Al-Maidah – Surah 5 : Ayat 72 )

لَقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُواْ إِنَّ اللّهَ هُوَ الْمَسِيحُ ابْنُ مَرْيَمَ | 72

Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Sesungguhnya Allah ialah Al-Masih putera Maryam”.

Kadangkala ada jin yang lari pada waktu mengucapkan janji. Dalam menghadapi hal ini hendaklah bacakan berulang-kali di telinga orang yang kerasukan jin tersebut dengan ayat Al-Qur’an iaitu : (Ar-Rahman 33-36)

يَا مَعْشَرَ الْجِنِّ وَالْإِنسِ إِنِ اسْتَطَعْتُمْ أَن تَنفُذُوا مِنْ أَقْطَارِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ فَانفُذُوا لَا تَنفُذُونَ إِلَّا بِسُلْطَانٍ (33) فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (34) يُرْسَلُ عَلَيْكُمَا شُوَاظٌ مِّن نَّارٍ وَنُحَاسٌ فَلَا تَنتَصِرَانِ (35) فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ | 36

Hai jemaah jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak akan dapat menembusinya melainkan dengan kekuatan. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? Kepada kamu, (jin dan manusia) dilepaskan nyalaan api dan cairan tembaga maka kamu tidak akan dapat menyelamatkan diri (daripadanya). Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?”

Kadangkala ada jin yang ingin keluar tetapi dia tidak tahu bagaimana caranya, dalam menghadapi hal ini, maka hendaklah anda membaca Surah Yasin serta azan di telinga orang yang kemasukan jin tersebut.

Ayat-ayat Al-Qur’an yang dibacakan itu hendaklah dengan bacaan yang benar, khusyuk dan dengan suara yang dapat didengar.

Jika jin itu meminta sesuatu syarat baru dia akan keluar dari jasad orang yang dimasukinya itu, maka perhatikanlah dahulu apa syarat yang dimintanya. Jika syarat yang dimintanya itu supaya taat kepada perintah Allah seperti: “Saya akan keluar dari tubuh orang ini dengan syarat dia mahu menjaga solatnya atau dia mahu menutup auratnya”. Jika demikian itu syarat yang dimintanya, maka turutilah dia, akan tetapi haruslah anda jelaskan kepadanya, bahawa ketaatan tersebut bukanlah kerana mentaatinya akan tetapi kerana taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Jika permintaan syaratnya itu supaya melakukan kemaksiatan, maka janganlah diikuti, bahkan hukumlah dia.

Jika Allah telah mengluarkan jin tersebut dari tubuh orang yang kerasukan jin itu, maka perintahkanlah kepada orang yang kerasukan jin itu, begitu juga orang yang hadir, supaya sujud syukur kepada Allah SWT kerana telah bebasnya dari penganiayaan tersebut. Begitu juga dengan diri anda haruslah melaksanakan sujud syukur tersebut, kerana Allah SWT telah memperkenankan permohonanmu untuk menyingkirkan kezalimannya.

Jika anda telah berhasil mengeluarkan jin tersebut dengan izin Allah, maka janganlah anda katakan: “Saya telah berhasil mengeluarkan jin tersebut”, akan tetapi karakanlah: “Allah telah mengeluarkan atau menghalaunya”. Anda haruslah berhati-hati dalam hal ini dan janganlah anda sampai terpedaya dengan rayuan syaitan.

Hendaklah anda selalu membaca buku-buku yang berkenaan dengan masalah jin, seperti buku “Risalatul Jin” karangan Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah dan lain-lain.

.

.

Perbuatan haram ketika menghalau jin

Mengadakan majlis bersuka ria di atas permintaan jin dan meminta berbagai macam permintaan yang pelik-pelik seperti perhiasan emas, ayam, kambing atau lembu. Dikatakan dengan majlis persembahkan ini dapat menghalau jin tersebut.

Mengabulkan segala permintaan jin yang masuk ke dalam diri seseorang. Seperti meminta disembelihkan binatang dan sebagainya.

Memohon bantuan kepada jin suruhannya supaya mengeluarkan jin yang ada dalam tubuh seseorang. Kerana jin pengganggu itu lebih kuat dari tukang sihir itu.

Bersumpah kepada jin penganggu itu atas nama tuannya dari bangsa jin, kerana jin itu ada mempunyai banyak tuan dan pemimpin. Dengan menggunakan nama pemimpin atau ketua, mereka akan merasa takut lalu keluar dari tubuh orang yang dimasuki itu.

Memasukkan jin pengganggu ke dalam penjara – Cara mengadakan pendekatan dengan pemimpin para jin, dipinta pemimpin jin itu untuk memasukkan jin pengganggu ke dalam penjara tersebut sehingga dia tidak lagi menganggu orang yang kerasukan jin itu.

Menyeksa dan membunuh jin pengganggu

Berakhirlah proses melakukan pengubatan dengan penggunaan Ayat Ruqyah, Terkabul hendaknya…..Insya’ Allah.


http://hikmatun.wordpress.com/2008/02/07/rawatan-untuk-mengatasi-gangguan-makhluk-halus/

Sunday, June 27, 2010

BACA AYAT PAGAR RUMAH SEMASA NAK TIDUR

Pagar Dari Dalam Rumah

Sejak akhir-akhir ini, seringsaja kita dengar berlakunya pencerobohan, kecurian dan rompakan. Kejadian ini amat menakutkan siapa saja kerana ia bukan hanya melibatkan kerugian harta benda malah adakalanya mengancam nyawa pemilik kediaman tersebut.

Sebagai satu langkah untuk berikhtiar dan bertawakkal kepada Allah, rumah kita boleh dipagar untuk melindungi dari sebarang perkara yang tidak diingini. Apa yang perlu dibuat adalah seperti berikut :

Bacakan ayat di bawah ini seberapa banyak ketika hendak tidur.( KALAU BOLEH BACA AYAT DIBAWAH INI SEHINGGA TERTIDUR )



Baca ayat diatas setiap malam waktu nak tidur , insya-Allah rumah kita akan selamat daripada gangguan manusia ataupun syaitan dengan izin Allah.

Tuesday, June 22, 2010

7 Cara Memagar Diri Dari Ilmu Hitam (Sihir)



Di bawah ini ini dinyatakan cara2 atau amalan yang boleh di lakukan untuk memagar diri anda dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam.? Sihir mungkin tidak mengenal siapa anda.Ia boleh menyerang anda.. ketahuilah cara memagari diri anda dari sihir dan gangguan syaitan.

Pagar Pertama (1) - Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah
Amalkan memakan tamar (kurma) 'Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis Tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah S.A.W. yang berbunyi:
"Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar 'Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu".
[Riwayat al Bukhari]

Pagar Kedua (2) - Berwuduk sebelum tidur
Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T. kepada mereka.
Sabda Rasulullah S.A.W.: Ertinya: "Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih
dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya seorang Malaikat. Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walau pun sedetik untuk mengucapkan doa: 'Ya Allah! Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci'"
[Riwayat at Tabraaniy dengan sanad yang baik]

Pagar Ketiga (3) - Mengambil berat tentang solat berjemaah
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan.Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.
Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a.,Rasulullah S.A.W. telah bersabda : Ertinya: 'Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaltan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah.Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.'
[Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik]



Pagar Keempat (4) - Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari sihir

Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah- mudahkannya. Sifat mempermudah- mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu. Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil perlakuan syaitan tersebut.
Ibnu Mas'ud r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah S.A.W. pun bersabda: Ertinya: "Sesungguhnya syaitan telah kencing didalam telinganya" [Riwayat al Bukhari dan Muslim]

Pagar Kelima (5) - Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas
Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan cuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ke tandas. Di dalai sebuah buku seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian ditelah dirasuk oleh syaitan.
Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata : Ertinya: "Dengan nama Allah. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan".
[Riwayat al Bukhari dan Muslim]
Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan atau betina.

Pagar Keenam (6) - Memagar isteri selepas selesai akad nikah
Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa :
"Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau selubungi keatasnya, dan aku berlindung dari keburukannya dan Keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya"
[Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik]

Pagar Ketujuh (7) - Berwuduk sebelum tidur,membaca ayat-ayat al Kursi dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap

Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepada Abu Hurairah:
"Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya sentiasa di dalai peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi'.

Sunday, June 20, 2010

Amalan Sebelum Tidur




Dinukil daripada Ustaz Kazim Elias

Saturday, June 5, 2010

Doa Murah Rezeki Dibaca Waktu Membuka Pintu dan Tingkap Rumah


Doa Murah Rezeki Dibaca Waktu Membuka Pintu dan Tingkap Rumah

Di baca ketika membuka pintu atau tingkap-tingkap di rumah tempat kediaman atau di kedai-kedai perniagaan sendiri, bacaan tersebut di baca semasa membuat pekerjaan tadi hingga selesai.

(Di petik dari kitab “Amalan Kota Negara” amalan Allahyarham Tuan Hj. Muhammad Salleh bin Abdul Karim , cetakan 1978 Masehi/1398 Hijrah)

Adab-adab Menuntut Ilmu

1. Hendaklah menyucikan diri dari sifat yang cela seperti riya’, ujub, kibir, hasad dan lain-lain sifat tercela. Baiki diri dengan bersifat terpuji seperti ikhlas, benar, zuhud, tawadhu’ dan lain-lain sifat terpuji. Menurut Imam Al-Ghazali, selama tiada suci hati itu daripada sifat-sifat yang keji, maka tiada menerima ia akan ilmu yang memberi manfaat pada agama dan tiada terang hatinya itu nur ilmu itu.

2. Mengosongkan hati daripada segala masyghul (kesibukan) kepada dunia, anak-isterinya, jual beli dan apa sahaja perkara yang membimbangkan hatinya.

3. Merendahkan dirinya dan menghinakan dirinya. Jangan membesarkan diri pada ilmu yang di ajar oleh Gurunya. Menerima dengan hormat pengajaran Gurunya itu. Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Ibnu ’Adiy, ertinya ” Tidak lah patut sifat orang Mukmin itu menghinakan dirinya dengan menuntut suatu hajat kepada manusia kecuali pada menuntut ilmu”.

4. Bagi orang yang mubtadi (yang baru belajar), hendaklah memberi fokus atau menumpukan hati pada ibadat. Jangan di tumpukan pada ilmu yang mana kebanyakan ulama’ –ulama’ khilaf atau bertentangan pendapat. Di khuatiri akan menimbulkan rasa was-was di dalam hati sehingga menjadi bingung memikirkan pengangan pada satu-satu masalah.

5. Janganlah ditinggalkan mempelajari segala bidang ilmu yang di puji oleh syara’, sebaik-baiknya pelajarilah kesemuanya sehingga mahir tetapi haruslah secara tertib. Pelajarilah dulu ilmu fardhu ain, dan setelah mengamalkanya, baru lah menuntut ilmu fardhu kifayah.

6. Hendaklah bersungguh-sungguh menuntut ilmu yang memberi manafaat di dalam Akhirat, iaitu ilmu yang terkandung di dalam ihya’ Ulumiddin, kitab Arba’in (Fi) Al-Ushul(iddin), kitab Lubab (Ihya Ulumiddin) iaitu Mukhtasar Ihya’ Ulumiddin, kitab Bidayatul Hidayah, kitab Minhajul ’Abidin dan segala kitab Ilmu Tasauf. Ilmu Tasauf terkandung di dalamnya ilmu Ushuluddin, iaitu i’tiqad, ilmu Fiqah, iaitu ilmu ibadat dan ilmu Suluk dan Thoriqat, membawa kepada ilmu Mukasyafah dan ilmu Haqiqat. Berkata Imam Ghazali RA :“( Bermula ) ilmu al Mu’amalat, ya’ni ilmu dan ‘amal itu, membawa kepada ilmu Al-Mukasyafah; dan mukasyafah itu iaitu dibuka (الله تعالى) hati seseorang dengan ma’rifat (الله تعالى), ya’ni mengenal (الله تعالى). Dan demikian itu nur yang ditaruhkan (الله تعالى) di dalam hati dengan sebab berbuat ‘ibadat dan mujahadah, ya’ni dengan memerangi hawa nafsunya dan melawan syaithan. Dan ( yang ) demikian itu yang menyampaikan kepada martabat iman Sayyidina Abi Bakar Ash-Shiddiq (رضى الله عنه), yang iaitu jikalau ditimbang imannya dengan iman segala isi bumi nescaya berat imannya itu. Dan ( yang ) demikian itu kerana rahsia yang tetap ( ya’ni, menetap ) di dalam hatinya itu, tiada dengan sebab mendirikan burhan ( ya’ni hujah ) dan dalil.”

(Dan) kata Imam Al-Ghazali RA lagi : “Dan ketahui olehmu bahawasanya yang terlebih mulia daripada segala ilmu dan perhinggaan (, ya’ni kemuncak, ) darjat segala ilmu itu iaitu ma’rifatullah Taala, ya’ni mengenal akan (الله تعالى) dengan penglihatan nur iman yang di dalam hati. Dan ( yang demikian itu ) iaitu seperti laut yang tiada dapat dihinggakan perhinggaan dalamnya itu. Dan ( bermula ) sehingga- hingga (, ya’ni setinggi-tinggi ) darjat manusia dalamnya itu ( ialah ) martabat segala Anbiya’, kemudian Aulia’, kemudian yang mengiringi mereka itu.”

7. Qasad (Maksud atau tujuan hati) menuntut ilmu kerana Allah Ta’ala, ya’ni:

i) kerana menjunjung titah Allah Ta’ala, dan

ii) kerana negeri Akhirat, dan

iii) kerana membaikkan dzahirnya itu dengan ’ibadat kepada Allah Ta’ala, dan

iv) membaikkan batinnya, ya’ni hatinya itu, dengan (supaya) bersifat (dengan) segala sifat yang kepujian, dan menyucikan (batinnya, iaitu hatinya itu) dengan segala sifat kecelaan, serta hadzir kepada Allah Ta’ala.

( Dan ) jangan qasadnya (ya’ni maksudnya dengan) menuntut ilmu itu::

i) kerana (hendak men)jadi penghulu orang, dan

ii) supaya jadi orang besar, dan

iii) dapat kemuliaan, dan

iv) dapat harta, dan

v) dapat kemegahan.


( Dan dari ) kerana inilah kata Imam Al-Ghazali RA (di dalam (kitab) Bidayatul Hidayah : “Jika ada qasadmu dengan menuntut ilmu itu iaitu munafasah, ya’ni hendak menang daripada berbantah bantahan dan bermegah-megahan dan terdahulu daripada orang yang sesama (kamu), dan berkehendak cenderung muka manusia kepadamu, ya’ni berkehendak dikasihi oleh orang dan berkehendak menghimpunkan kekayaan dunia, maka adalah qasadmu akan yang demikian itu mengusahai dalam merobohkan agamamu dan membinasakan akan dirimu dan adalah engkau jual Akhiratmu itu dengan duniamu. Maka perjualanmu itu sangat rugi dan perniagaanmu tiada laba (ya’ni untung) dan orang yang mengajar (, ya’ni guru yang mengajar) akan dikau itu (dikira) menolong ia atas engkau berbuat maksiatmu dan jadilah ia sekutu bagimu (, ya’ni denganmu) di dalam kerugianmu dan dia itu seperti orang yang menjual pedang kepada orang yang merampas di jalan dan yang demikian itu (men)jadi maksiat. Dan barang siapa menolong ia atas seorang yang berbuat maksiat jika dengan setengah kalimat sekalipun nescaya adalah bersekutu baginya di dalam berbuat maksiat.”

( Dan lagi kata ) Imam Al-Ghazali RA : “(Dan) jika ada niatmu dan qasadmu antaramu dan antara (الله تعالى) daripada menuntut ilmu dan belajar akan dia (ya’ni ilmu) akan berkehendak hidayah, ya’ni berkehendak (kepada) petunjuk daripada (الله تعالى) pada berbuat ‘ibadat pada dzahir dan ‘ibadat bathin, bukan semata-mata riwayat, ya’ni bukan niatmu itu mengqasad hendak bercertera (iaitu bercerita), jua maka ketika itu sukai olehmu (kerana) bahawasanya segala Malaikat yang di dalam langit itu menghamparkan bagimu akan sayapnya apabila engkau berjalan dan adalah segala ikan di laut mengucap Istighfar bagimu, ya’ni meminta ampun akan (الله تعالى) bagimu, apabila engkau (ber)usaha akan belajar ilmu yang memberi manafaat itu.”

(Di petik dari website: http://roudhah.net )

Thursday, June 3, 2010

UBAT KAYAT ( KAYAT ULAR )

UBAT KAYAT A9 UNTUKSEMUA JENIS KAYAT.

1. AMBIL KULIT KAYU JAMBU AIR YANG TUMBUH TEPI SUNGAI.
2. ASAH PADA PASU ( BAHAGIAN BELAKANG PASU ) TERLEBIH BAIK JIKA PASU ITU DIBUAT DARIPADA TANAH LIAT.
3. LEPAS ITU COMOR PADA BAHAGIAN KAYAT TERSEBUT.

INSHA ALLAH MUJARAB.



DINUKIL DARIPADA :
PESANAN ORANG TUA TUA

Tuesday, June 1, 2010

Cara memotong Kuku

Menurut keterangan daripada hadith bahawa memotong kuku itu mempunyai peraturan dan hari yang berbahagia atau celakanya, Al-Syeikh Al-Imam Al-Ghazali memberi petua, hendak lah dipotong dimulai daripada jari telunjuk yang kanan kemudian jari tengah, jari manis, jari kelingking selepas itu dimulakan pula daripada jari kelingking kiri seterusnya hingga di sudahi ibu jari tangan kanan tadi. Kemudian segala kuku itu hendak lah di tanam.

Menurut petuanya; (Hari Sabtu) keluar ubat, masuk penyakit. (Hari Ahad) keluar kekayaan, masuk kepapaan, (Hari Isnin) keluar penyakit gila, masuk kesihatan. (Hari Selasa) keluar rahmat, masuk penyakit. (Hari Rabu) keluar was-was, masuk kepapaan, (Hari Khamis) keluar gila, masuk penawar dan ubat. (Hari Jumaat) keluar segala dosa dan mendapat rahmat dan nikmat Allah s.w.t..

Sunday, May 30, 2010

Doa yang di baca ketika patah hati (putus asa)

Aisyah r.a. berkata : Saya telah mendengar Rasulullah saw yang sedang menyandarkan badannya kepadaku
(ketika kesakitannya yang akhir ),
membaca ”Allahummaghfirli warhamni wa alhiqni birrofiqil a’la.
(Ya Allah, ampunkan hamba dan kasihanilah hamba dan biarkanlah hamba mengiringi sahabat-sahabat yang mulia).

[Al-Bukhari dan Muslim].

Saturday, May 29, 2010

Keutamaan Dua Ayat Akhir Surah Al-Baqarah



Daripada Ibni Mas’ud, berkata Ia : Bersabda Junjungan Nabi s.a.w.:

“Barangsiapa yang membaca dua ayat daripada akhir surah Al-Baqarah pada malam hari nescaya mencukupi keduanya akan dia.”

Adapun dua ayat tersebut ialah :

1. Firman Allah Ta’ala : ( Aamanar rasuulu bimaa unzila llaihi mir rabbihi wal muminuun. Kullun aamana billaahi wamalaaikatihi wakutubihii warusulihii laa nufarriqu baina ahadim mir rusulihii waqaaluu sami’naa wa atha’naa ghufraanaka rabbanaa wailaikal mashiir).

285. Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya”. Mereka berkata lagi: “Kami dengar dan kami ta’at. (Kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali”.

2. ( Laa yukallifullaahu nafsan illaa wus’ahaa lahaa maa kasabat wa’alaihaa maktasabat. Rabbanaa laa tu aakhiznaa in nasiinaa au akhtha-naa, rabbanaa walaa tahmil ‘alainaa ishran kamaa hamal tahuu ‘alal ladziina min qablinaa. Rabbanaa walaa tuhammilnaa maa laa thaaqata lanaa bih. Wa’fu ‘annaa waghfir lanaa warhamnaa, anta maulanaa fanshurnaa alal qaumil kaafiriin.)


286. Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdo’a dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami terlupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan ma’afkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.

Surah Al-Baqarah (Ayat 285-286)


Makna mencukupi keduanya bagi sesiapa yang membacanya ialah mencukupi kepadanya daripada melakukan ibadah pada malam hari, atau daripada melakukan bacaan Al-Qur’an, ataupun dapat menolak keduanya kejahatan dan bencana syaitan atau manusia dan jin, atau mencukupi untuk menambah kekuatan iqtikadnya, kerana dua ayat itu ada mengandungi makna iman dan amal secara ringkas.

Friday, May 28, 2010

Kelebihan Solat Dhuha

Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:

“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”

(Riwayat Ahmad)

Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:

“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”

(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”

(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”


Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”

(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)


Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”

(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)


Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.


Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).

Thursday, May 27, 2010

Hikmat Ayat Seribu Dinar



Bermaksud :

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

(Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)

Ini ayat seribu dinar namanya, ayat ini diamal oleh seorang hamba yang mendapat hikmat ini dari Nabi Allah Khidhir ketika belayar di laut dengan berkata berkat amal ayat ini hamba itu mendapat kemuliaan dan menjadi raja.

Ayat ini mengandungi seribu faedah jikalau di amalkan tiap-tiap kali lepas sembahyang sebanyak tiga kali, insya’Allah akan beroleh seribu faedah, barang siapa yang beramal ayat ini Allah taala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.

Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya’Allah si pesakit akan sembuh.

Jikalau mendapat sebarang kesusahan yang amat berat, kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, oleh peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara, beramallah selalu dengan ayat ini selepas daripada sembahyang lima waktu, mudah-mudahan segala kesusahan mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.

Jikalau masuk berperang menentang musuh, tiada binasa oleh terbakar, jika di pukul dengan besi tiada lut dan tiada binasa dari sebarang benda yang bahaya, hendaklah beramal ayat ini dan bertawakkal kepada Allah, baca ayat ini sesudah sembahyang lima waktu, baca ketika hendak tidur tiga kali, baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.

Doa Pendekat Jodoh