Followers

Wednesday, April 7, 2010

DOA BERLINDUNG DARI BISIKAN SYAITAN




Baca doa ini setiap kali selepas solat dan lazimkan ( secara istiqamah )

2 comments:

  1. MENURUT Yahya bin Muaz ar-Razi, syaitan tidak bekerja, sedangkan manusia sibuk dengan pekerjaan dan pelbagai urusan. Malah, syaitan sentiasa melihat manusia, sedangkan manusia tidak dapat melihatnya. Manusia juga selalu lalai dan lupa perangkap syaitan, tetapi ia tidak melupakan manusia.

    Imam al-Ghazali menjelaskan tiga cara dicadangkan bagi memerangi serangan syaitan, iaitu:
    # Mempelajari taktik tipu daya syaitan atau strategi se rangannya.

    # Tidak memberi perhatian atau layanan kepada hasutan syaitan. Anggap hasutan dan seruan syaitan itu seperti salakan anjing. Anjing kian garang dan galak menyalak apabila ia diberi perhatian atau maklum balas, sebaliknya ia lebih cepat memberhentikan salakan apabila kita tidak menghiraukan nya.

    # Lidah dan hati sentiasa menyebut Allah.

    Bagi mempelajari taktik dan tipu daya syaitan, kita hen daklah memahami dan mengenal pasti perbezaan antara was-was, ilham, bisikan hati dan seruan nafsu daripada sifat semula jadi kejadian manusia.

    Was-was adalah anak panah yang dilepaskan oleh syaitan ke dalam hati manusia dan bersarang di hati. Was-was juga mampu menguasai bisikan hati nurani atau lintasan fikiran manusia.

    Bisikan hati nurani juga dapat dipengaruhi oleh ilham. Ilham adalah lintasan fikiran yang lebih khusus iaitu menyeru ke arah kebaikan, datang daripada Allah melalui malaikat, manakala was-was bisikan hati yang menyeru kepada ke jahatan, datang daripada syaitan.

    Was-was itu penuh dengan tipu daya, kadangkala menyeru manusia kepada kebaikan sebagai umpan bagi memerangkap manusia. Contohnya, syaitan mempengaruhi manusia me ngerjakan ibadat sunat dan meninggalkan ibadat wajib.

    Menurut al-Ghazali, lintasan was-was datang daripada syaitan yang menyeru manusia kepada kejahatan. Tetapi ilham turun daripada Allah atau malaikat (dengan izin Allah) yang menyeru manusia kepada kebaikan dan kebajikan.

    ReplyDelete
  2. Bagi mempelajari taktik dan tipu daya syaitan, kita hen daklah memahami dan mengenal pasti perbezaan antara was-was, ilham, bisikan hati dan seruan nafsu daripada sifat semula jadi kejadian manusia. Dua cara bagi mengesan tipu daya laktullah;

    1- bisikan 2- gambaran/kelibat

    Jika ini berlaku, perbanyakkan bacaan ayat Al Qoran terutama sekali surah tersebut diatas. Pejamkan mata dan tawajjuh pada Allah SWT..sambil menekan kedua-dua mata dengan jari sehingga kelihatan satu gambaran sinaran. Fokus pada sinaran tersebut sambil berzikir. InshaAllah, dengan izinNYA saudara-saudariku akan melihat kehebatan Allah SWT dalam keadah perubatan ini. Yakin sepenuhnya pada Allah SWT, makhluk tiada kuasa..Yang Berkuasa hanyalah Allah SWT, Tuhan Yang Maha Pemurah..

    ReplyDelete