Followers

Saturday, December 3, 2011

RAJA SEGALA UBAT

RAJA SEGALA UBAT

27APR
Selawat ini masyhur dengan nama selawat tafrijiah atau nariah. Selawat ini mempunyai tersangat banyak khasiatnya dan mengandungi bermacam-macam fadhilat bagi mereka yang sentiasa mengamalkannya. Kata Imam al-Dainuri, ‘Barang siapa menjadikan selawat ini sebagai wirid berpandukan peraturan-peraturan di bawah ini nescaya dia akan mendapat manfaatnya’:
• Dibaca 11 kali selepas solat fardhu, akan mendapat rezeki yang makmur,
• Dibaca 41 kali selepas solat subuh, akan berhasil segala maksudnya,
• Dibaca 100 kali selepas solat fardhu, berjaya mendapat apa yang dicitanya,
• Dibaca 313 kali pada mana-mana waktu, akan dapat melihat perkara-perkara yang ajaib.
• Dibaca 1000 kali setiap hari, akan terbuka kepadanya segala pintu kebajikan.
Menurut pandangan Imam al-Qurtubi, mereka yang sentiasa membaca selawat ini sebanyak 41 kali atau 100 kali setiap hari, akan hilang segala dukacitanya, dijauhkan dari segala bala bencana, luas rezekinya, kata-katanya didengar orang, selamat dari kepapaan, kasih hati manusia kepadanya dan berhasil apa yang dihajatnya, dengan berkat berkekalan beramal dengan selawat ini dengan hati yang tulus ikhlas dan yakin. Sekiranya kita ada mempunyai hajat yang besar untuk menolak bala dan hajat yang payah-payah, hendaklah dibaca selawat ini sebanyak 4,444 kali di dalam satu majlis, di atas tikar sembahyang dengan mengadap qiblat, insya Allah ditunjukkan oleh Allah Taala apa-apa yang diniatkan itu. Inilah lafaz selawatnya :
Terjemahan:
Ya Allah, anugerahkan rahmat dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, yang dengan berkatnya terhurai apa yang tersimpul, terlepas daripada segala kesusahan, juga ditunaikan segala hajat, dan tercapai segala keinginan, dan akhir hayat yang baik, dan dicurahkan rahmat, hasil keberkatan wajahnya, yang mulia, kerahmatan dan kesejahteraan yang sempurna Engkau anugerahkan juga ya Allah, ke atas keluarga dan sahabatnya dengan kiraan setiap kerdipan mata, juga hembusan nafas dan setiap bilangan ilmu yang ada bagiMu.
Rujukan : kitab tib

No comments:

Post a Comment