Followers

Thursday, May 27, 2010

Hikmat Ayat Seribu Dinar



Bermaksud :

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

(Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)

Ini ayat seribu dinar namanya, ayat ini diamal oleh seorang hamba yang mendapat hikmat ini dari Nabi Allah Khidhir ketika belayar di laut dengan berkata berkat amal ayat ini hamba itu mendapat kemuliaan dan menjadi raja.

Ayat ini mengandungi seribu faedah jikalau di amalkan tiap-tiap kali lepas sembahyang sebanyak tiga kali, insya’Allah akan beroleh seribu faedah, barang siapa yang beramal ayat ini Allah taala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.

Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya’Allah si pesakit akan sembuh.

Jikalau mendapat sebarang kesusahan yang amat berat, kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, oleh peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara, beramallah selalu dengan ayat ini selepas daripada sembahyang lima waktu, mudah-mudahan segala kesusahan mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.

Jikalau masuk berperang menentang musuh, tiada binasa oleh terbakar, jika di pukul dengan besi tiada lut dan tiada binasa dari sebarang benda yang bahaya, hendaklah beramal ayat ini dan bertawakkal kepada Allah, baca ayat ini sesudah sembahyang lima waktu, baca ketika hendak tidur tiga kali, baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.

Doa Pendekat Jodoh

Doa Mohon Kesembuhan Daripada Penyakit (1)

Thursday, May 6, 2010

Kelebihan Surah al-Kahfi

Abu Sa‘id al-Khudri meriwayatkan bahawa Rasulullah s.‘a.w bersabda: “Sesiapa yang membaca al-Kahfi pada hari Jumaat, pasti nur akan meneranginya antara dua Jumaat.” (Riwayat dikemukakan oleh al-Sayuti – dinilai Sahih).

Abu Darda’ meriwayatkan bahawa Rasulullah s.‘a.w bersabda: “Sesiapa yang menghafaz sepuluh ayat dari awal surah al-Kahfi, ia terpelihara daripada Dajjal.” (Riwayat Muslim – dinilai Sahih).

Sebenarnya surah mengandungi pelbagai perkara tersirat. Surah al-Kahfi merupakan salah satu daripada lima surah yang dimulai dengan Alhamdulillah, iaitu: al-Fatihah, al-Kahfi, al-An’am, Saba dan Fathir.

Di dalam al-Kahfi disebutkan empat perkara fitnah.

1) Fitnah pada agama: Kisah Ashabul Kahfi (Penghuni Gua)
2) Fitnah harta: Kisah pemilik dua kebun
3) Fitnah ilmu: Kisah Nabi Musa dan Nabi Khidhir
4) Fitnah kuasa: Kisah Zul Qarnain

Bagi setiap fitnah yang disebutkan disebutkan juga ayat pelindung baginya:

1) Fitnah pada agama: Kisah pemuda yang berlindung di dalam gua daripada pemerintah yang zalim. Lalu berlaku perkara yang menakjubkan. Mereka tinggal di dalam gua selama lebih 300 tahun.

Kemudian disebutkan ayat perlindungan iaitu:

اصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ الَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُم بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُ ۖ وَلَا تَعْدُ عَيْنَاكَ عَنْهُمْ تُرِيدُ زِينَةَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَلَا تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُ عَن ذِكْرِنَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ وَكَانَ أَمْرُهُ فُرُطًا
Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran. (al-Kahfi: 28)

Dengan demikian, perlindungan daripada fitnah pada agama adalah dengan berdamping dengan orang-orang soleh dan menghindari perhiasan hidup di dunia yang memperdayakan.

2) Fitnah Harta: Kisah pemilik dua kebun yang kaya. Allah SWT telah memberikan kepadanya segala apa yang dikehendakinya. Tetapi dia kufur dan ingkar terhadap hari kebangkitan. Lalu Allah SWT membinasakan dua bidang kebun itu.

Kemudian disebutkan ayat perlindungan iaitu:
وَاضْرِبْ لَهُمْ مَثَلَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا كَمَاءٍ أَنْزَلْنَاهُ مِنَ السَّمَاءِ فَاخْتَلَطَ بِهِ نَبَاتُ الْأَرْضِ فَأَصْبَحَ هَشِيمًا تَذْرُوهُ الرِّيَاحُ وَكَانَ اللَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ مُقْتَدِرًا (45) الْمَالُ وَالْبَنُونَ زِينَةُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَالْبَاقِيَاتُ الصَّالِحَاتُ خَيْرٌ عِنْدَ رَبِّكَ ثَوَابًا وَخَيْرٌ أَمَلًا (46)
Dan kemukakanlah kepada mereka misal perbandingan: Kehidupan dunia ini samalah seperti air yang Kami turunkan dari langit, lalu bercampur aduklah tanaman di bumi antara satu sama lain (dan kembang suburlah ia) disebabkan air itu; kemudian menjadilah ia kering hancur ditiup angin; dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan. (al-Kahfi: 45-46)

Dengan demikian, perlindungan daripada fitnah harta ialah dengan menyedari tentang hakikat dunia dan mengingati akhirat.

3) Fitnah Ilmu: Kisah Saidina Musa AS dan Khidhir AS. Dalam beberapa peristiwa, Nabi Musa tidak memahami hikmah dan melihat pada zahir sahaja.


Kemudian disebutkan ayat perlindungan iaitu:
قَالَ سَتَجِدُنِي إِن شَاءَ اللَّهُ صَابِرًا وَلَا أَعْصِي لَكَ أَمْرًا
Nabi Musa berkata: "Engkau akan dapati aku, Insya Allah: orang yang sabar; dan aku tidak akan membantah sebarang perintahmu". (al-Kahfi: 69)

Dengan demikian, perlindungan daripada fitnah ilmu ialah dengan tawadhuk, sabar dan tidak terpedaya dengan ilmu.

4) Fitnah Kuasa: Kisah Zul Qurnain yang memiliki kuasa pemerintahan dari timur ke barat bumi. Beliau telah menolong satu kaum yang takut kepada Yakjuj dan Makjuj lalu ia menolong mereka membina benteng.

Kemudian disebutkan ayat perlindungan iaitu:
قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُم بِالْأَخْسَرِينَ أَعْمَالًا الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا
Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?
(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan". (al-Kahfi: 103-104)

Dengan demikian, perlindungan daripada ialah dengan ikhlas kepada Allah dalam amalan.

Penutup suruh ini disudahi dengan ayat perlindungan dari semua jenis fitnah:
قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُوحَىٰ إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ ۖ فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya". (al-Kahfi: 110)

{ sapaanmakrifat }

Sunday, May 2, 2010

UBAT GAUT

Bagi yang mengidap penyakit Gaut boleh cuba ubat ini Insha ALLAH mujarab.

Cara menyedia ubat.

1. Cari/Ambil 3 biji Gondang ( Siput Bendang Yang besar )
2. Bersihkan dan buang cuping depan serta tekan masuk kedalam.
3. Kocok sehingga ia berbunyi ( ini cara nak mengeluar isi gondang tersebut)
4. Ambil isi gondang tersebut dan buang bahagian diatas kepala warna kuning ( kerana itu lah racun )
5. Kemudian campur dengan garam kunyit secukup rasa .
6. Kemudian bakar sehingga masak dan makan.

Buat cara ini sehingga rasa penyakit gaut dirasa hilang ( cure )
ATAU
Lebih baik buat cara ini BERTERUSAN sehingga sebulan

WASWAS MAKANAN ADA SIHIR

JIKA KITA WASWAS PADA MAKANAN ADA SIHIR SEBELUM MAKAN BACA SURAH ALFATIHAH SEKALI DAN AYAT KURSI SEKALI BARU MAKAN.